Monday, February 6, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya

Sertai Band Metal ‘Legend’, Budak 12 Tahun Ni Ligat Petik Gitar Macam Pro

by Soph Azz
April 25, 2017
Foto - goseelivemusic.co

Foto - goseelivemusic.co

Share on Facebook

Bila bercerita tentang band muzik metal, apa yang berlegar dalam benak fikiran anda?

Mana mungkin ada golongan kanak-kanak yang berminat untuk mendengar alunan lagu yang bait katanya sukar untuk difahami. Namun, berbeza dengan budak lelaki 12 tahun bernama Tye Trujillo ini. 

Foto – rocknvivo.com

Mewarisi minat dalam muzik metal daripada bapanya yang merupakan pemain bass band Metallica, Robert Trujillo, Tye tidak seperti rakan sebayanya yang lain. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak seumurnya lebih gemar terperap di rumah bermain permainan video mahupun melibatkan diri dalam sukan klise lelaki seperti bola sepak atau bidang kemahiran lain.

Tye bagaikan sudah bersedia untuk berhadapan dengan penonton yang pastinya dimonopoli oleh golongan yang lebih tua daripadanya. Kini dia sibuk menyertai band metal lagenda Korn untuk melakukan konsert jelayah ke beberapa daerah sekitar Amerika Selatan.

Tye di samping bapanya, Robert Trujillo yang merupakan pemain bass kumpulan Metallica. Foto – facebook/RobertTrujilloOfficial

Ramai yang hairan mengapa anggota kumpulan Korn sanggup mengambil Tye menyertai konsert jelajah mereka kali ini. Namun, kehadiran Tye sebenarnya hanyalah bagi mengisi kekosongan sementara menggantikan tempat pemain bass asal mereka, Reginald “Fieldy” Arvizu yang menghadapi kekangan untuk ikut serta dalam jelajah tersebut.

Konsert jelajah ini akan dilakukan secara berperingkat bermula di Columbia, Brazil, Argentina, Chile dan Peru. Hal itu telah diumumkan di laman Facebook page rasmi Korn.

Melihatkan keadaan ini, sudah tentulah Korn sendiri percaya akan bakat yang ada pada Tye. Kalau tidak, tak mungkin mereka berani mengambil risikonya kan?

Foto -Getty Images

Menurut penerangan yang dikirim menerusi laman web Korn sendiri, Tye telah berjinak dengan bass sejak usianya baru lapan tahun. Dia juga kini aktif menganggotai sebuah kumpulan band kanak-kanak yang digelar The Helmets.

Tonton Persembahan Tye & The Helmets

Jangan tak percaya, pasti ada anak-anak muda di luar sana yang iri hati dengan kebolehan serta peluang yang dikecapi Tye. 

SUMBER

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Band Muzik MetalBudak 12 Tahun Pandai Petik Gitar Macam ProBudak Lelaki 12 Tahun Sertai Konsert Jelajah Band Metal KorngitarKornmuzikPemain BassThe Helmets
Share2Tweet1SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

[VIDEO] Melly Goeslow Sebak & Terkejut Dengar Suara Najua, Cucu P. Ramlee
Indonesia

[VIDEO] Melly Goeslow Sebak & Terkejut Dengar Suara Najua, Cucu P. Ramlee

by Phic ARMAN
February 5, 2023
Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”
Musik

Peminat Mohon Asmidar Sertai Gegar Vaganza Pada Tahun Ini- “Nak Dengar Sis Nyanyi Lagi”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman
Musik

Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

by Phic ARMAN
January 29, 2023
Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan