Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Faizal Tahir Enggan Sertai Pencalonan Muzik-Muzik. Kenapa Ya?

by Phic ARMAN
April 27, 2017
Share on Facebook

“Dirgahayu” adalah single duet dari dua penyanyi tersohor di Malaysia, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2016 dan telah digunakan sebagai lagu tema untuk siri televisyen Malaysia 100 episod, Lara Aishah.

Ditulis oleh Faizal sendiri, ia dirakamkan pada Julai 2016 sebelum ia dikeluarkan sebulan kemudian.

BACA: 10 Babak Paling Spektakular Klip Video ‘Dirgahayu’ Oleh Tok Ti & Faizal Tahir

Namun persoalannya, adakah Faizal Tahir bersetuju untuk mencalonkan lagu tersebut dalam program Muzik Muzik 32 di Tv3?

Youtube video

“Kalau ikutkan, saya memang tak mahu mencalonkan lagu itu. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan kata putus kerana perlu berbincang dulu,” kata penyanyi dan komposer popular ini.

https://www.instagram.com/p/BSptf_ujJYe/?taken-by=faizal_tahir&hl=en

Menurut dari artikel Harian Metro, pada awalnya Faizal enggan mencalonkan lagu ini namun dia perlu mengambil kira pandangan pihak lain.

“Memang ramai yang bertanyakan mengenai lagu ini. Kalau ikutkan keputusan saya, memang saya tidak mahu mencalonkannya. Namun, saya tak boleh pentingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pandangan pihak lain.

“Walaupun saya komposer lagu ini, tapi ia masih membabitkan pihak lain seperti Siti dan syarikat rakaman,” katanya.

Sebelum ini Awi Rafael telah dipilih sebagai pengganti berganding bersama Elizabeth Tan mendendangkan lagu Setia di pentas akhir Muzik Muzik tahun lalu. Jadi siapakah pula yang akan jadi pilihan Faizal untuk Lagu Dirgahayu ini?

Topik Berkaitan Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

Sumber

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artis malaysiadirgahayufaizal tahimuzik muziksiti nurhalizatv3Viral
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara