Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA memang sering menjadi perhatian ramai kerana tidak pernah habis dengan kontroversi dan terkenal dengan kes saman-menyaman sesama artis. Personaliti Azwan yang lantang bersuara dan mengkritik secara terbuka tidak disenangi oleh sesetengah pihak sehinggakan dia sering dikutuk di laman media sosial.

Kali ini Azwan terpanggil untuk meluahkan rasa hati mengenai bidang pengacaraan sejak kebelakangan ini yang semakin tiada kualiti. Dia menganggap pengacara zaman sekarang tidak ada  kelayakan mengendalikan program tetapi dijulang stesen televisyen (TV) sebagai wajah pelaris berbakat hebat. Maka terbitlah sifat ego, lupa diri, perasan dan masalah disiplin yang mendorong terhadap kegagalan tanggungjawab dalam mengacara.

IKLAN

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini,”

“Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat.

“Tambah kritikal apabila mereka tidak disediakan skrip. Mereka diberi kebebasan untuk berjenaka dan merapu sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah rancangan atau acara,”

Seperti yang terjadi baru-baru ini sememangnya membuka mata semua . Pengacara TV, Ammar digantung tugas selepas mempermainkan nama bapa kepada pelari pecut negara, Watson Nyambek. Ammar menunjukkan mimik muka yang tidak senonoh ketika menyebut nama bapa Watson Nyambek ketika dalam rancangan “Sukan Tak Sentral”.

BACA: Bukan Kali Pertama Mempersendakan Orang, Polis Panggil Ammar

Pengalaman Azwan Ali dalam bidang hiburan memang sudah lama, meskipun terlibat dengan pelbagai kontroversi. Kebimbangan yang disuarakan adalah untuk menyelamatkan industri tersebut sebelum ia diambang kemusnahan.

Sumber