Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kumpulan Rock Lagenda Eagles Saman Hotel California

by Phic ARMAN
May 4, 2017
Share on Facebook

Eagles, sebuah band Rock popular telah memfailkan saman terhadap pemilik sebuah hotel di Mexico kerana menggunakan nama lagu popular kumpulan itu, Hotel California tanpa kebenaran.

Difahamkan pemilik hotel di Baja California Sur menipu tetamu supaya mempercayai hotel berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan muzik itu supaya dapat menjual barangan cenderahatinya. Hotel yang terdiri daripada 11 buah bilik itu menjual kemeja T, dengan meyakinkan pengunjung bahawa ia adalah eksklusif dari koleksi Eagles.

Tuntutan itu dilaporkan telah difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles namun peguam Eagles mahupun pihak hotel enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

Hotel yang dibina di tengah-tengah bandar Todos Santos dinamakan Hotel California dibuka pada tahun 1950, tetapi mengalami perubahann ama beberapa kali sebelum pasangan dari Kanada, John dan Debbie Stewart membelinya pada tahun 2001 dan mula menggunakan nama asalnya untuk tujuan pemasaran.

https://www.youtube.com/watch?v=LVkOCy3Q0jQ

Hotel California merupakan sebuah lagu popular dari album Eagles pada tahun 1976 dan pernah meraih anugerah Grammy pada tahun 1977 bagi kate­gori rakaman terbaik sepanjang ­ta­­hun.

Sumber

Error happened.
“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya
eagleshotel californiakumpulan rockkumpulan rock alternatiflegenda rocksrocksamanViral
https://lomp.at/qoosc
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara