Monday, June 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

Teguran Sinis Datuk Siti Nurhaliza Untuk Yang Ketagih Selfie

by Phic Arman
May 5, 2017
Teguran Sinis Datuk Siti Nurhaliza Untuk Yang Ketagih Selfie
Share on Facebook

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sememangnya suka berselfie setiap kali ada masa terluang. Tidak hairan jika Siti dipilih sebagai duta pertama bagi model telefon pintar, Vivo V5. Tahun ini, vivo telah mencapai rekod jualan yang besar pada suku tahun pertama sejak melantik Siti sebagai duta vivo. Sebagai artis paling terkenal di Malaysia, Dato Siti Nurhaliza telah membantu untuk memberikan impak yang besar untuk jualan produk vivo di Malaysia.

Dalam temubual secara eksklusif bersama Siti ketika pelancaran akui kerap juga berselfie pelancaran vivo V5s, beliau akui suka selfie dan telefon pintar ini menepati apa yang dia inginkan untuk dapatkan selfie yang terbaik. Kelebihan kamera depa 20 megapiksel memang sesuai untuk mereka yang gemar merakamkan aksi selfie.

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja paling ramai berminat dengan tabiat selfie berbanding golongan dewasa dan orang tua. Namun apa yang membimbangkan jika ia melibatkan anak kecil atau remaja yang suka berselfie semata-mata mahu dapatkan perhatian dan menghabiskan masa berjam-jam untuk berselfie. Ada yang berselfie di situasi yang tidak sesuai seperti ketika memandu atau menunggang motosikal.

Bertanya mengenai kesan negatif jika suka berselfie, Siti melihat selfie daripada sudut positif.

“Bagi Siti, tiada yang salah untuk Selfie, cuma untuk golongan remaja atau anak muda, perlu diawasi oleh ibu bapa. Bagi kes ini, Siti rasa ibu bapa orang yang paling bertanggungjawab untuk memantau segala aktiviti dan tingkah laku anak mereka. Kalau yang sedang menunggang motosikal tu, janganlah sampai dekat tengah jalan hendak berselfie kerana boleh mengundang bahaya,” tegur Siti.

Mengenai perkembangan terbaru Siti, beliau yang merupakan Pengasas Creacion by Siti Nurhaliza ini baru sahaja melancarkan koleksi pakaian sempena sambutan Aidilfitri untuk kali kedua menampilkan busana dengan harga berpatutan dan bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat.

Swafoto Terbaik Di Dalam Tangan Anda Dengan vivo V5s

Siti ditemui dia Majlis Pelancaran vivo V5s, telefon pintar dengan fungsi swafoto yang akan memberikan pengalaman swafoto yang anda sentiasa inginkan. vivo V5s tersohor dengan fungsi kamera hadapannya. Kamera swafoto ini dilengkapi dengan sensor IMX376 20-megapiksel dengan apatur f/2.0, dan ciri Selfie Spotlight terkini yang menghasilkan efek cahaya studio fotografi, yang membolehkan pengguna untuk merakam kecantikkan diri mereka di dalam apa jua keadaan. Kamera ini telah direka bersama dengan Sony dan menjanjikan gambar yang diambil jelas, terang dan menyerlah dengan setiap imej.

IKLAN

Tambahan pula, vivo V5s hadir dengan mod Face Beauty 6.0. Mod ini telah direka berdasarkan kaji selidik daripada 1000 pengguna. Ianya boleh secara automatik mengubah ketetapan mengikut situasi. Mata anda boleh menjadi lebih berkilau dan kulit muka anda akan menjadi lebih cerah.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

vivo V5s juga menambahkan mod Group Selfie. Fungsi ini membolehkan anda mengambil swafoto berkumpulan dalam mod portret, dan juga efek panning landskap panorama boleh digunakan pada masa yang sama. Tangkap kesemua rakan anda dalam swafoto – tanpa meninggalkan sesiapa pun.

Selain Siti Nurhaliza, vivo juga telah mengumumkan perlantikkan Joyce Chu sebagai duta baru mereka untuk vivo V5s pada acara yang sama. vivo akan akan menganjurkan pelbagai aktiviti menampilkan duta swafoto vivo yang baru dilantik sepanjang tiga bulan akan datang.

vivo V5s akan hadir di dalam tiga pilihan warna: Matte Black, Gold dan Rose Gold. Ianya boleh di pra-tempah dari 3 Mei 2017 dengan harga jualan RM 1,299 (termasuk GST). vivo v5s akan berada di pasaran secara rasmi pada 10 Mei 2017.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: dato siti nurhalizadatuk siti nurhalizafacebeautyjoyce chuperfectselfieSelfieselfie sticksiti nurhalizasiti nurhaliza suka selfieswafototelefontelefon bimbittelefon pintarViralvivovivov5s
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

‘Super Gorgeous’- Ning Baizura, Artis & Peminat Teruja Lihat Wajah Terkini Datin Seri Camelia
Selebriti

‘Super Gorgeous’- Ning Baizura, Artis & Peminat Teruja Lihat Wajah Terkini Datin Seri Camelia

by Mas Ayu
June 27, 2022

Jurusolek terkemuka, Khir Khalid berkongsi foto Datin Seri Camelia di media sosialnya baru ini mengundang perhatian ramai selebriti tanah air...

Read more
Ada Yang Panggil Seperti Dajjal, Dress Hitam Aina Abdul Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Gossip

Ada Yang Panggil Seperti Dajjal, Dress Hitam Aina Abdul Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
June 27, 2022

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang telah diadakan pada 25 hingga 26 Jun baru-baru ini telah...

Read more
Nikki Palikat Anggap Perceraian Bukannya Bermakna Dia Gagal
Lokal

Nikki Palikat Anggap Perceraian Bukannya Bermakna Dia Gagal

by Zaidin Albert
June 27, 2022

Siapa sangka, sebuah perkahwinan yang dibina sejak 2009 tidak berpanjangan untuk penyanyi Nikki Palikat, 36, bekas suami, komposer Audi Mok....

Read more
Puteri Sarah Jawab Dakwaan Netizen Kononnya Tiada Bukti Kukuh Nak Saman Ira Kaza
Gossip

Puteri Sarah Jawab Dakwaan Netizen Kononnya Tiada Bukti Kukuh Nak Saman Ira Kaza

by Naddy Joe
June 27, 2022

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab soalan peminat mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadap  Ira Kaza yang menjadi punca rumah...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  3. 3

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera