Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

5 Trend Fesyen G-Dragon Buat Orang Lain Ketagih Nak Tiru

by Lisa Ghani
May 5, 2017
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

G-Dragon adalah bintang terkenal yang bukan sahaja mempunyai peminat di Asia bahkan seluruh dunia mengenalinya.

Seorang penerbit, penulis lagu, usahawan, pereka fesyen, ikon fesyen – semuanya boleh dilakukan penyanyi berusia 28 tahun ini.

Paling membanggakan G-Dragon tersenarai buat kali kedua sebagai 500 selebriti paling berpengaruj dalam dunia fesyen yang dikeluarkan The Business (BOF). Pemilihan ketua kumpulan Big Bang itu berdasarkan pengaruhnya dalam fesyen yang menjadi trend bukan sahaja di Korea Selatan tetapi di seluruh dunia. 

Malah, menurut G-Dragon sendiri, jika tidak menjadi penyanyi, mungkin kerjaya sebagai pereka fesyen menjadi pilihannya. Jika dilihat fesyen yang dikenakan penyanyi dengan ketinggian 174cm ini banyak kepada konsep mix n match, beliau tidak terpengaruh kepada satu gaya sahaja. Yang menariknya, fesyen yang dikenakan penyanyi ini juga boleh dicuba oleh kaum wanita, tiada terhad.

Ini 5 trend fesyen yang diketengahkan G-Dragon menjadi fenomena di negara kelahirannya.

#Tinted sunglasses

Sejak G-Dragon memakainya, semua orang mula ikut. Bahkan, tinted sunglasses dijadikan satu item fesyen di negara ginseng itu.

Foto – Koreaboo
Foto – Pinterest

#Hawaiian shirts

Biasanya dilihat dipakai oleh para bapa, lebih-lebih lagi di pantai, tetapi G-Dragon menjadikan hawaiian shirts ini kelihatan cool malah tampak bergaya. Tapi memang tidak dinafikan hawaiian shirts memang selesa!

Foto – Koreaboo
Foto – Koreaboo

#Fesyen rambut berwarna

Rona rambut pelangi, oren, hijau, merah jambu, semua sudah dicuba G-Dragon. Malah sejak itu, ramai idol lain yang turut terhegeh-hegeh mengikuti langkahnya.

Foto – Pinterest
Foto – Koreaboo

#Oval sunglasses

Rasanya kalau orang lain yang memakainya memang nampak pelik tapi tidak pada G-Dragon. G-Dragon sangat fotogenik jadi setiap fesyen yang dikenakan nampak sempurna, seperti trend oval sunglasses ini. Pertama kali beliau memakai kaca mata berbentuk bulat pada tahun 2012 dan sejak itu menjadi ikutan.

[VIDEO] Remaja Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Buat Netizen Terhibur- "Baju Biru Tu Punca"
Foto – Koreaboo
Foto – The Hunt

#Topi

Dengan pelancaran jenama PEACEMINUSONE, G-Dragon membawa bersamanya koleksi topi dengan tali panjang. Walaupun ramai merasakan fesyen ini kelihatan pelik pada mulanya, tetapi ianya menjadi ikutan malah terdapat koleksi palsu di pasaran.

Foto – IG G-Dragon
Foto – Foto – IG G-Dragon

Yang mana satu fesyen G-Dragon paling anda suka? Penulis serius suka hawaiian shirts sebab ianya selesa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
fesyenfesyen g-dragonfesyen kpopg-dragontrend fesyen kpopViral
https://lomp.at/w144y
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem