Saturday, August 20, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

5 Artis Veteran Yang Senasib Dengan Fazura Dalam Bidang Nyanyian

by Phic Arman
May 8, 2017
18
KONGSIAN
Share on Facebook

IKLAN

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, telah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat rakaman gergasi Universal Music. Namun seperti biasa ada sahaja netizen cuba mahu mengkritik dengan bakat nyanyian Fazura. Fazura telah dikritik dan kebolehan dirinya menyanyi telah dipertikai. Ada yang kata suara tak sedap, pitching tak betul dan sebagainya.

Namun perkara seumpama ini bukanlah asing dalam dunia hiburan. Sejak era 70an lagi ramai artis yang merupakan seorang pelakon atau peragawan akan melibatkan diri dalam dunia nyanyian tapi tetap bertahan. Tidak kira sama ada layak atau tidak, yang penting lagu-lagu mereka masih diingati dan mendapat tempat di hati peminat.

Jom lihat 5 artis veteran yang asalnya popular di layar perak tetapi menceburi bidang nyanyian. Walaupun mereka dikritik namun mereka terus berjaya dan melakarkan sejaran dalam industri seni tanahair.

Noorkumalasari

Noorkumalasari merupakan salah seorang peragawati dari Malaysia yang kemudian bergelar pelakon dan penyanyi yang terkenal pada era 70an. Suatu ketika dahulu, nyanyian beliau juga pernah dikritik namun tetap mengeluarkan album.

Selain menyanyi secara solo, Noor sering berduet dengan pasangan duetnya yang serasi iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mereka juga sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti Puspawarna RTM di sekitar 1980-an. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi. Walaupun dahulu nyanyian Noor sering dikritik namun sehingga kini lagu-lagunya masih diingati sehingga hari ini.

Uji Rashid

Uji Rashid  merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita dari Malaysia yang terkenal. Semua cabang seni yang disertainya, sama ada tarian dan lakonan telah membuatkannya berazam untuk mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian yang berlangsung di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan berjaya meraih tempat ketiga. Bersama rakannya, Fauziah Nawi, mereka memberanikan diri menyertai Pertandingan Bintang RTM tetapi tidak mencapai sebarang kejayaan.

Bakatnya dikesan oleh Datuk Ahmad Nawab dan pada tahun 1975, Uji Rashid merupakan salah satu artis yang pertama merakamkan album penuh. Empat album terawal Uji Rashid berjaya terjual melebihi 30,000 unit menjadikan Uji Rashid sebagai salah seorang artis yang paling laris pada waktu itu.

Raja Ema

Raja Ema binti Raja Ibrahim adalah seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal di Malaysia pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-anRaja Ema telah pun terkenal sebelum merakamkan satu lagu untuk album pertama beliau, malah beliau juga telah pun menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan pada tahun 1985.

Apabila album pertama beliau dipasarkan iaitu Volume 1 ramai yang mengkritik bahawa suara Raja Ema tidak matang tetapi bersetuju lagu Jejaka Idaman cukup sesuai dengan suara manja ketidakmatangan beliau itu.

Umi Aida

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida merupakan seorang pelakon terkenal di Malaysia yang juga pernah bergelar penyanyi. Jangan pernah terlupa tentang fakta bahawa Umie terlebih dulu memulakan langkah sebagai penyanyi apabila dia menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus ketika berusia 18 tahun.

Minatnya dalam bidang nyanyian tidak pernah hilang dan pernah menghasilkan dua album studio berjudul Romeo & Juliet (1999) dan juga Gema Kasih (2002). Walau bagaimanapun, kerjaya nyanyian Umie tidak begitu menyerlah berbanding karier lakonannya.

Raja Azura

Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin yang lebih dikenali sebagai Raja Azura atau Kak Engku merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio di Malaysia. Suatu ketika dahulu, Raja Azura pernah melahirkan sebuah album, Dan Bunga-Bunga Berguguran bersama Ciku Records. Namun usaha Raja Azura untuk meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi popular tidak berhasil.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: 8 Penyanyi Indonesia Bersuara Emasartis wanitafazuralagu fazuramissfazuranoorkumalasaripelakon wanitapenyanyipolis wanitaraja azuraSelebriti Wanita MalaysiaSelebriti Wanita Malaysia Yang Minat Superbikesiti fazura tak boleh menyanyiuji rashidumi aidaViralwanitawanita berhijab cosplaywanita malaysiaWanita seksiwanita terakhirwanita tercantikwanita tercantik di duniawanita unik
Share7Tweet5SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Digelar Perempuan Murahan & Penunggang Agama, Ini Respon Baby Shima!
Selebriti

“Alhamdulillah Masih Lagi Trending #1” – Baby Shima

by Mas Ayu
August 19, 2022
“Nampak Bodoh Naw Claim Macam Tu” – Michael Ang Sekolahkan Tentang ‘Individu’ Mengaku Penyanyi Nombor Satu?
Selebriti

“Nampak Bodoh Naw Claim Macam Tu” – Michael Ang Sekolahkan Tentang ‘Individu’ Mengaku Penyanyi Nombor Satu?

by A.Aided
August 19, 2022
MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat
Lokal

MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat

by A.Aided
August 19, 2022
“Akhirnya Saya Dapat Bersemuka” – Rita Sosilawati Teruja Jumpa Pendakwah Di Kelas Usrah?
Selebriti

“Akhirnya Saya Dapat Bersemuka” – Rita Sosilawati Teruja Jumpa Pendakwah Di Kelas Usrah?

by Mas Ayu
August 19, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai

  4. 4

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

  5. 5

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera