Berita baik buat peminat-peminat penyanyi bersuara emas ini. Menjelang Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, Dayang Nurfaizah telah diberikan penghormatan menyanyikan lagu tema. Namun masih belum ada lagi lirik untuk lagi tersebut. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin  mempelawa orang ramai menyumbang idea mencipta lirik lagu tersebut yang merupakan hasil gubahan komposer tersohor di Malaysia, Ramli MS.

“Saya dan Datuk Ramli sudah berbincang dan kita mahukan lirik disumbangkan rakyat. Saya harap rakyat Malaysia menghantar lirik melalui Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan hashtag #laguKL2017 untuk Datuk Ramli gunakan ayat-ayat atau perkataan daripada rakyat bagi menggubah lagu tema KL 2017 kali ini,” katanya kepada pemberita.

Kepada seluruh rakyat Malaysia! Dayang dan Dato’ Ramli MS perlukan penglibatan anda untuk pembikinan lagu tema KL2017. Terangkan secara ringkas kepada mereka berdua apakah maknanya Bangkit Bersama buat anda. Kongsikan cerita anda  menerusi Facebook, Twitter atau Instagram. Jangan lupa untuk sertakan hashtag #LaguKL2017 untuk semua post anda. Mudah saje kan!

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry