Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Ashraf Muslim Kongsi Rahsia Nikmat Berpoligami

by Phic ARMAN
May 11, 2017
Share on Facebook

Isu poligami sering dijadikan topik hangat yang menjadi topik yang ditungu-tunggu buat kaum lelaki tetapi sebaliknya tidak bagi kebanyakan wanita. Bagi lelaki yang telah berjaya berpoligami, ia sangat merasakan bahawa dirinya adalah orang yang paling bertuah dalam kehidupannya seolah-olah dunia ini adalah miliknya. Manakan tidak, kalau seorang isteri pun dah seronok, inikan pula ada banyak isteri. Bertuah kan?

Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi pelakon Ashraf Muslim, walaupun pernah digelar sebagai ikon poligami, namun dia tidak pernah sesekali menganggap gelaran itu sebagai satu pencapaian sebaliknya kata Ashraf masih banyak perlu dipelajarinya.

“Kalau ada yang hendak beri gelaran itu saya memang langsung tidak layak kerana saya sendiri masih lagi banyak belajar namun Alhamdulillah rumah tangga saya bersama dua isteri bahagia”

“Contoh ikutan saya hanya seorang iaitu Nabi Muhammad dan sunahnya dalam mengemudi dua bahtera ini kerana Baginda ikon paling baik,”

Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand.

View this post on Instagram

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Menurut wawancara pelakon kacak ini bersama Mstar, dia turut berkongsi rahsia perkahwinannya kekal bahagia hingga ke hari ini.

“Apabila saya kata suami perlu bijaksana bukannya bererti perlu pandai menipu tetapi bijak membahagikan masa antara kerja, keluarga dan rakan-rakan.

“Sabar itu juga penting kerana kalau tiada kualiti itu mungkin akan timbul masalah dan ini saya terapkan dalam rumah tangga saya.

View this post on Instagram

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

“Bukan saya tidak pernah mengalami masalah tetapi sebagai manusia kita belajar dan perbaiki kesilapan selain berbalik kepada agama, Insya-Allah semuanya akan menjadi baik,”

Apa-apa pun sekiranya anda mempunyai niat untuk berpoligami, sila dalami terlebih dahulu ilmunya.  Jangan pula pandai berpoligami tetapi akhirnya kecundang dengan dugaan yang menimpa.

Sumber

“Kalau Kahwin Sebab Cinta, Belum Bersedia” – Ashraf Muslim Tegur Pasangan Muda Tak Letak Niat Kerana Allah
artis lelaki popularAshraf MuslimAshraf Muslim kongsi rahsia poligamiAshraf Muslim poligami dalam islamasyraf muslim poligamikesan poligamipelakon kacak Ashraf Muslimpoligami dalam islamtips poligamiViral
https://lomp.at/7tp4x
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara