Ratu Cantik Israel, Danielle Yablonka, berdepan dengan sorakan ‘boo‘ daripada penonton semasa memperagakan kostumnya di Puerto Rico baru-baru ini.
Kostum Ratu Cantik Israel Kena ‘Boo’
Danielle mencuri perhatian ramai selepas menggayakan kostum dengan jubah dramatik yang menggambarkan bandar lama Jerusalem, atau turut dikenali sebagai Baitulmaqddis.
Namun apa yang membuatkan ratu cantik itu di-‘boo‘ oleh penonton ada perkataan “PEACE” yang terdapat pada kain jubahnya itu.
Kostumnya dianggap tidak sensitif dan sengaja mencetuskan kontroversi, memandangkan krisis kemanusiaan yang berterusan di Palestin disebabkan oleh pencerobohan tentera Israel.
Untuk rekod, Danielle Yablonka ialah seorang model, pempengaruh dan usahawan berasal dari Florida Selatan, Amerika Syarikat. Dia berpindah ke Israel kira-kira dua tahun sebelum dinobatkan sebagai Miss Universe Israel 2026.











