Mungkin pada kita tarikh hari ini, 12 Mei tiada istimewanya tetapi tidak untuk peminat Lee Min Ho kerana hari ini merupakan tarikh keramat apabila Oppa kesayangan mereka akan mula menjalani latihan ketenteraan selama 2 tahun.

Untuk lebih istimewa, pelakon Lee Min Ho baru-baru ini sempat meluangkan masa di Pulau Jeju untuk melakukan sesi fotografi bagi jenama kecantikan Innisfree.

IKLAN
Foto – Soompi

Innisfree mendedahkan beberapa koleksi gambar Lee Min Ho ketika menjalani sesi pengambaran di sekitar Jeju. Lee Min Ho dilihat menikmati alam sekitar yang segar daripada ladang teh, pokok oren dan pantai di Pulau Jeju.

Pihak Innisfree juga mendedahkan Lee Min Ho ingin melakukan pengambaran di tempat yang segar dan bersih malah teruja  dengan keindahan Jeju.

Foto – Soompi
Foto – Soompi
Foto – Soompi

Sebelum ini, Lee Min Ho sempat memberi mesej dan berterima kasih kepada peminat setia beliau dengan ucapan.

“Saya telah menerima banyak sokongan dan luahan sedih dari peminat. Saya berharap saya dapat menyembuhkan hati kamu semua selepas pulang dengan keadaan yang sihat.”

Selamat Tinggal Oppa! Kembali dengan keadann yang sihat dan mantap okay!

SUMBER