Teka-teki siapa bakal meraih gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2017 akhirnya terjawab apabila Fattah Amin merangkul anugerah ini dengan undian tertinggi. Populariti jejaka kacak ini semakin meningkat setelah mendapat sokongan yang kuat dari peminatnya. Lebih-lebih lagi banyak anugerah berdasarkan undian telah diraih oleh Fattah Amin sejak akhir-akhir ini.

Sambutan yang menggalakkan dari drama bersiri Suri Hati Mr Pilot dan gosip membabitkan dua pelakon utamanya membawa tuah kepada Fattah Amin. Selepas single pertamanya Wanita Terakhir telah mencuri hati pendengar, Fattah juga semakin meningkat popular apabila melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan novel menggunakan judul sama.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji-pujian untuk Allah swt kerana telah membuka ruang untuk saya terus mencapai impian saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya. Memang saya cukup percaya yang semua kebaikkan yang berlaku dalam hidup kita ialah keredhaan Allah dan juga hasil dari doa ibu bapa kita. Untuk management saya, @FastyleAsia yang terus bekerja keras dan menyokong saya, terima kasih. We will fly higher together and reach for the stars! Paling tinggi terima kasih saya ialah untuk semua fans saya, tidak kira sesiapa sekali pun, tanpa sokongan, dorongan, dan kritikan membina, saya tidak akan sampai di sini pada hari ini. Korang serious the best and most awesome! Insya Allah, apa yang telah saya kecapi hingga hari ini akan saya terus gunakan sebagai motivasi untuk saya terus memperbaiki hasil kerja seni saya. When people say you can't do something because they think you're not good enough, don't worry about telling them otherwise. Prove them wrong with your deeds and effort instead. Fattah sayang korang semua! #sincerelyFattah #impossibleisnothing #inspireFattah #QalifModen #doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #buatyangbaikbaik #Fattahrians #Fattastic #ABPBH #ABPBH30

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin dan kepada semua pemenang.

IKLAN

Keputusan penuh ABPBH 3.0 Bintang Paling Popular – Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella

Kategori Utama
1. Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar
2. Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina
3. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
5. Pengacara TV Popular – Neelofa
6. Penyampai Radio Popular – Radin
7. Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret
9. Artis Komedi Popular – Zizan Razak
10. Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick
11. Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
12. Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura
13. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry