Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Bukan Kali Pertama Dia Bagi Saman, Tapi Tak Pernah Berjaya – Fasha Sandha

by Phic ARMAN
May 15, 2017
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes kontroversi salahfaham antara Nora Danish dan Fasha Sandha masih belum berakhir. Selepas Nora telah mengemukakan saman terhadap Fasha atas tuduhan fitnah, satu posting telah dikeluarkan oleh Fasha susulan dari kes dia dihalau daripada majlis yang dianjurkan sebuah gedung tekstil terkemuka tanah.

Dengan mempertahankan kebenaran pihaknya, Fasha yang kini sedang bercuti di Sydney, Australia, sempat memuat naik sebuah gambar menerusi laman Instagram rasminya dengan kapsyen yang menerangkan situasi sebenar.

Salam Dari saya,

Saya memberikan kenyataan akhbar ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini.
Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.

Saya TIDAK PERNAH sama sekali MENULIS NAMA SESIAPA di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.

Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga TIDAK PATUT TERASA jika pihak ketiga tersebut TIDAK melakukan perkara tersebut.

Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun TIDAK TAKUT. Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak BENAR, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang TIDAK MASUK AKAL.

Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya.
Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi TIDAK BERJAYA. Negara kita ada undang-undang.
Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya TIDAK AKAN memberikan apa2 lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada PEGUAM saya.

Saya mengangap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan KURANG MATANG.

Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan segala hak saya di bawah undang-undang.

Terima kasih.

Nur Fasha Sandha
Australia

Ada logiknya juga jika kenyataan Fasha sebelum ini langsung tidak meletakkan mana-mana nama individu. Walaupun dalam postingnya ada menulis  ‘All the best to you burung Hantu’ tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan kenyataan ini ditujukan kepada Nora Danish.  Walaubagaimanapun, kes ini masih lagi dalam siasatan dan kami berharap isu sebegini dapat diselesaikan dengan segera sebelum tercetus pelbagai spekulasi buruk dari netizen yang tidak bertanggungjawab.

[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"

Sumber

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
baju raya fasha sandhafasha sandha bergaduh nora danishfasha sandha dan nora danishfasha sandha kena halaufasha sandha paling seksifasha sandha seksifasha sandha skandaljakeljakel halau fasha sandhanora danishnora danish dan nedimnora danish halau fasha sandhapercintaan fasha sandhapernikahan nora danishViral
https://lomp.at/oxz1x
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem