Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Sandiwara? Netizen Dedah 5 Perkara Mencurigakan Kes Mat Over Tampar David Teo

by Phic ARMAN
May 18, 2017
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak dapat dinafikan agak kurang ajar apabila penerbit filem David Teo membuat kacau di dalam Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 Bersama Perdana Menteri Dan Penggiat Seni di Seri Perdana. Tindakan kurang ajar David Teo berjaya diajar oleh seorang pelakon yang terkenal dengan watak Mat Over di dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sulaiman Yassin.

Tapi mengapa perkara ini terjadi dikalangan orang yang mempunyai nama dan disegani. Beberapa teori konspirasi yang membuktikan kes sebegini boleh di anggap sebagai propaganda yang bertujuan mempengaruhi masyarakat mewujudkan spekulasi dan mengalihkan perhatian orang ramai. Antara teori konspirasi mengenai kes ini:

Protokol

Mungkinkah ini sebuah lakonan untuk memalukan pemimpin negara kita yang dihormati? Adalah mustahil sekira 3 orang yg terdiri Pengarah Hebat, dan Pelakon Hebat tidak mengetahui protokol bila menghadiri majlis yang melibatkan Pemimpin Negara. Nampak macam real aksi pergaduhan ini tapi penuh kemusykilan.

Isu Keselamatan

Tidak dinafikan acara ini dijalankan secara santai dan bersahaja, namun isu-isu keselamatan perlu dijaga kerana ia melibatkan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi agak menghairankan apabila tiada seorang pun pengawal keselamatan yang cuba menghalang Mat Over meluru ke pentas dengan agresif sekali. Tidakkah ini boleh mengundang bahaya lebih lebih lagi di Kediaman Seri Perdana. Logikkah?

Elak Acara Nampak Hambar

David Teo memang dikenali dengan cara bercakap seperti agak kasar, mungkin kerana penguasaan Bahasa Melayu beliau tidak sebaik kita sebagai orang melayu. Namun dia masih cuba mengawal caranya dengan memulakan pantun namun tidak sempat kerana sudah dihalang oleh Rosyam Noor. Adakah ini sengaja dilakukan bagi menegangkan suasana?

Menyatukan Kaum

David teo bukan mengkritik PM pada awalnya , tetapi kritik Rosyam.  Dia hanya berkasar pada moderator  dan mungkin begitu caranya bercakap pada rakan penggiat seni yang sama-sama dalam industri ini. Di akhir acara David dan Mat Over bermaafan bersama Perdana Menteri dan sekaligus ia membuktikan rakyat Malaysia berbilang kaum boleh disatukan dengan sikap toleransi. Mungkinkah ini situasi yang mahu dicontohi pada semua rakyat Malaysia?

[VIDEO] Kerana Hadiah, Nyanyian Pemuda Ini Cetus Gelak Tawa- "Kukira Opera Wings Rupanya..."

Publisiti

Apabila terjadi isu pergaduhan seperti ini, orang ramai akan memberi sepenuh perhatian memperkatakan isu ini sekaligus memberi publisiti meluas  dan media akan membuat liputan secara besar-besaran. Tak mustahil media antarabangsa juga berminat untuk membuat liputan mengenai isu hangat ini lagi-lagi melibatkan pemimpin negara. Tidakkah ia seolah-olah seperti gimik yang dirancang bagi mendapatkan publisiti?

Apa-apa pun kesemua ini sekadar andaian yang dibuat oleh netizen dan hanya menyampaikan pandangan dari sudut berbeza. Anda boleh nilaikan sendiri yang mana realiti atau lakonan.  Dianggarkan kira-kira 300  penggiat seni daripada pelbagai latar belakang termasuk pemimpin persatuan menghadirinya.

https://www.youtube.com/watch?v=0cmV8xvOEi0

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
daviddavid teo biadab depan perdana menteridavid teo biadap depan najib razakmat overmat over pimai pimai tang tumat over tak menyesal tampar david\mat over tampar davidmat over tampar david teonajib razakrosyam nortampar menampar mat over dan david teoTN50Viral
https://lomp.at/9r8bx
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem