Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026
100
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini ada cara baharu untuk menikmati rasa ikonik itu tanpa perlu setiap kali turun ke Petaling Jaya.

Selepas 24 tahun beroperasi, Village Park Restaurant secara rasmi memperkenalkan koleksi merchandise makanan menerusi empat produk ready-to-eat iaitu Sambal Petai, Sambal Ikan Bilis, Signature Kaya dan Musang King Durian Kaya.

Dilancarkan di MITEC, Kuala Lumpur, koleksi ini dibangunkan bersama ITP Foods sebagai usaha membawa cita rasa Village Park ke lebih banyak rumah, termasuk pelanggan yang berada di luar negara.

Village Park, Sambal Dan Kaya Jadi ‘Taste Of Home’

Menurut pemilik Village Park, Dato Seri Dr. Mohd Shamil Ngoh Abdullah, idea ini tercetus daripada hubungan panjang dengan pelanggan yang sering berkongsi rasa rindu terhadap makanan Village Park ketika bekerja, belajar atau menetap di luar negara.

“Selama 24 tahun, Village Park sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai pelanggan. Dari masa ke masa, kami juga mendengar daripada pelanggan yang melancong, bekerja atau belajar di luar negara bahawa mereka sangat merindui rasa Village Park yang biasa mereka nikmati.

“Koleksi merchandise ini lahir daripada hubungan itu. Ia bukan sekadar produk yang membawa nama Village Park, tetapi kami mahu membawa rasa, kenangan dan kehangatan yang pelanggan kaitkan dengan Village Park.”

Dan memang logik juga. Kadang-kadang kita bukan rindu tempatnya sangat, kita rindu rasa makanan yang pernah menemani hidup. Betul tak?

Bagi koleksi baharu ini, bahan seperti ikan bilis mata biru, cili segar, bawang, telur, santan dan gula dipilih dengan teliti. Produk turut dihasilkan tanpa pengawet, pewarna dan perisa makanan tiruan.

Signature Kaya dan Musang King Durian Kaya pula melalui proses memasak perlahan sekitar lapan jam. Jadi, ini bukan jenis kaya yang sekadar ‘sapu dan settle’.

Makanan Malaysia Kini Makin ‘Go International’

Langkah Village Park ini hadir ketika makanan semakin menjadi sebahagian penting daripada pengalaman pelancongan Malaysia. Tourism Malaysia sendiri melihat makanan sebagai antara medium penting untuk mengenali budaya dan identiti negara.

Bagi Village Park, produk baharu ini membuka peluang untuk membawa cita rasa Malaysia kepada pengguna yang mungkin tidak berkesempatan berkunjung ke restoran.

Koleksi tersebut kini boleh didapati di Village Park Restaurant, outlet Village Grocer terpilih serta TikTok Shop ITP Foods. Produk lain juga bakal diperkenalkan secara berperingkat, termasuk Sambal Ijo, Sambal Cili Pan Mee dan Sambal Ayam Gepuk.

Nampaknya, selepas 24 tahun, Village Park bukan sekadar nak bawa nasi lemak ke meja makan. Kali ini, mereka nak bawa rasa Malaysia terus ke dapur rumah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
7
Hearts
Hearts
6
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato Seri Dr. Mohd Shamil Ngoh AbdullahVillage Park
Share40Tweet25SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Hantaran Tiket ULTRAMAN Australia 2027! Ini 5 Fakta Menarik Pernikahan Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 10, 2026

Dengan sekali lafaz, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah...

Read moreDetails
Ribbon of Pink
LifeXplore

“Ribbon of Hope”, Harapan M Social Resort Penang Untuk Pejuang Kanser Payudara

by Nurul A.
October 11, 2026

Pada bulan Oktober ini, M Social Resort Penang mengubah suasana lobi hotelnya dengan rona merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap...

Read moreDetails
The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
LifeXplore

Rolex No.1, MR DIY Pun Masuk Top 100 Retail Asia: Anda Agak Ranking Berapa?

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Kalau sebut MR DIY, apa yang terus terlintas di fikiran anda? Kedai penuh barang, harga mampu milik dan ayat klasik,...

Read moreDetails
LifeXplore

MHLife 2026 Kembali Dengan Rasa, Gaya Dan Warisan Malaysia

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Pernah dengar pasal festival gaya hidup mesra Muslim? Mesti terus bayangkan gerai makanan dan tudung sahaja. Malaysia Halal Lifestyle Festival...

Read moreDetails
Vietjet
LifeXplore

Vietjet Tawar Tambang Eco Serendah RM268, Perluas Rangkaian Penerbangan Di Asia

by Nurul A.
October 28, 2026

Menjelang musim cuti hujung tahun di Malaysia, Vietjet menawarkan tiket penerbangan kelas Eco serendah RM268 sehala, termasuk cukai dan caj...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Tengku Ezrique Ezzuddean Dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Ini Curi Perhatian

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Satu video memaparkan istiadat diraja Selangor mencuri perhatian apabila memperlihatkan Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari...

Read moreDetails
MICHELIN Guide, MICHELIN Key 2026
LifeXplore

10 Hotel Di Malaysia Antara Hotel Tersenarai Dalam MICHELIN Key 2026!

by Nurul A.
September 21, 2026

MICHELIN Guide mengumumkan senarai hotel pilihan 2026, yang kini boleh diakses menerusi platform rasminya (SEMAK SINI). Pelancong boleh meneroka senarai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara