Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Kalau Sudah Ajal! 5 Kisah Kematian Yang Paling ‘Rare’

by Zaidin Albert
May 22, 2017
Share on Facebook

Kematian sememangnya tidak boleh dijangka dan diramalkan oleh sesiapapun, kerana ianya adalah urusan Tuhan. Namun terdapat beberapa senarai punca kematian yang pelik, kerana sebab dan musabab yang tidak sepatutnya terjadi. 5 kisah kematian di bawah mungkin antara yang paling pelik dan mungkin juga ironik yang pernah berlaku di seluruh dunia.

1. Mati Di Majlis Pengebumian Sendiri

Seorang wanita Rusia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, dia ‘bangun’ ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan. Dia hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kali ini, untuk selama-lamanya.

2. Mati Kerana Cuba Buktikan Cermin Tak Boleh Pecah

Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran ‘mengenakan’ pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikannya, Gary bertindak menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut. Cermin tersebut pecah dan Gary ‘terhumban’ ke luar tingkap dan meninggal dunia.

3. Penggemar Makanan Organik Mati Sakit Jantung

J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian. Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik. J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga usia 100 tahun. Namun dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.

4. Juruterbang Pelatih Mati Dalam Flight Simulator

Tiga juruterbang pelatih maut ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas, yang menempatkan simulator tersebut.

5. Mati Terkena Kejutan Elektrik Dalam Penjara

Lawrence Baker didakwa kerana membunuh, namun dia terselamat daripada hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup. Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu. Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat terkena kejutan elektrik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Beechcraft King Air 200Fagilyu Mukhametzyanovgary hoyJ.I Rodalekematian paling pelikkisah kematianLawrence Baker
https://lomp.at/c3z60
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem