Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nikah Kali Ke-4, Datuk Jamal Abdillah Enggan Dedah Identiti Isteri

by Phic ARMAN
May 24, 2017
Share on Facebook

Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan pengakuannya yang beliau sudah menamatkan zaman duda dua bulan yang lalu, namun enggan mendedahkan identiti isteri baharunya itu.

“Benar, saya sudah bernikah. Tapi buat masa ini saya mengharapkan wartawan menghormati permintaan saya untuk tidak bertanya lanjut mengenai siapa isteri saya dan bila saya bernikah. Cukup sekadar saya mengakui majlis itu sudah berlangsung dua bulan lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Jamal, 58, berkata, beliau mengharapkan pernikahan kali ini akan kekal hingga jannah bersama isteri tersayang.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berikan saya sedikit masa sebelum saya benar-benar bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat dan media.

“Saya benar-benar mengharapkan wartawan memahami dan menghormati permintaan saya kali ini,” ujar penyanyi yang sangat masyhur de­ngan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi.

Laporan media sosial mendakwa Jamal bernikah de­ngan seorang gadis berusia 23 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah.

Jamal turut berkata, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup dan hanya diha­diri keluarga terdekat beliau dan isterinya sahaja.

Sumber

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artis lelakiartis lelaki paling kacakartis lelaki popularartis malaysia lelakijamal abdilahjamal abdillah berkahwinJamal Abdillah kahwin kali keempatJamal Abdillah nikahJamal Abdillah penyanyi popularlagendaosama yamaniraja pop malaysia
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara