Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Kak Engku dan Chef Rohani Kongsi Resipi 5 Hidangan Raya Dengan Bajet RM100

by Phic ARMAN
May 25, 2017
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari Raya adalah masa untuk bergembira, namun, dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini, ia boleh menimbulkan keresahan kepada golongan ibu-ibu Melayu yang meraikannya kerana perlu memikirkan cara berbelanja secara berhemah untuk membeli keperluan perayaan seperti makanan, pakaian dan perhiasan untuk sambutan setahun sekali ini.

Kimball, jenama produk kulinari yang terkenal dengan sos, sos spageti, pasta dan lain-lain memahami cabaran yang dialami oleh ibu-ibu untuk menganjurkan aktiviti rumah terbuka semasa Raya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.

(Dari Kiri) Penulis makanan dan pemaju resipi yang disanjungi, Chef Rohani Jelani, Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Cik Tania Lee dan selebriti tanah air, Raja Azura, memaparkan hidangan yang telah disediakan semasa demonstrasi masakan “Sajian Bijak Raya Kimball”.

Oleh itu, Kimball telah bekerjasama dengan pencipta resipi yang disanjungi, Chef Rohani Jelani untuk mencipta menu ‘Sajian Bijak Raya Kimball’, bagi memperkenalkan cara bijak untuk mengadakan jamuan Hari Raya tanpa menggunakan bajet yang tinggi.

Dengan hanya bajet RM100, menu lima hidangan Raya Kimball terdiri daripada dua pembuka selera; dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera lapan orang.

Demonstrasi masakan ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ yang memaparkan hidangan yang bertaraf restoran dengan hanya RM100, telah dianjurkan bersama pengacara televisyen popular, Raja Azura (Kak Engku) dan Chef Rohani baru-baru ini.

(Dari Kiri) Pelakon dan pengacara tanah air terkenal, Raja Azura, Pengurus Besar Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, En Paul Serra, penulis makanan dan pemaju resipi yang disanjungi, Chef Rohani Jelani, dan Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Cik Tania Lee bersama pelbagai jenis produk berkualiti Kimball di demonstrasi masakan “Sajian Bijak Raya Kimball”.

Menurut Chef Rohani, hidangan jamuan Hari Raya di kebanyakan rumah terbuka mudah untuk diramalkan.

“Kebiasaannya hidangan yang akan disediakan ialah ketupat, lemang dan rendang. Justeru saya telah menghasilkan menu ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ bersama Kimball yang bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga boleh disajikan sebagai pilihan yang lazat untuk jamuan Rumah Terbuka Hari Raya,” kata beliau.

Bagi selebriti terkenal, Kak Engku, yang juga merupakan seorang ibu beranak tiga pula, Hari Raya merupakan masa untuk menjadi lebih kreatif kerana ada jangkaan yang perlu dipenuhi.

“Pada acara-acara sambutan seperti ini, para tetamu menjangkakan hidangan hebat manakala anak-anak pula mengimpikan sajian yang sesuai dengan cita rasa mereka. Bila anda seorang selebriti, tekanan untuk menyediakan jamuan Raya yang unik dan lengkap akan menjadi lebih tinggi.

“Ini yang membuatkan saya suka kepada Sajian Bijak Raya Kimball kerana ia lain daripada yang lain dengan padanan sajian serta cara ia dihidangkan. Saya amat teruja untuk menghidangkan Ayam Masala Kimball kerana ia menggunakan Sos Spageti Kimball, yang agak unik. Anak-anak, keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang akan ke rumah saya menjangkakan sesuatu yang menggembirakan. Jadi, pada tahun ini saya akan menyediakan hidangan berkualiti bertaraf restoran dan menghidangkannya kepada mereka,” kata beliau.

Kek Velvet Hitam Kimball & Nasi Kerabu Goreng Kimball

Semua Resepi-resepi Sajian Bijak Raya Kimball dicipta menggunakan produk-produk berkualiti Kimball. Menunya termasuklah gabungan unik Gado- Gado Raya Kimball dan Taufu Sumbat Goreng Kimball sebagai pembuka selera; Nasi Kerabu Goreng Kimball dan Ayam Masala Kimball sebagai hidangan utama, serta Kek Velvet Hitam Kimball sebagai pencuci mulut.

Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee, Kimball amat memahami bahawa dengan kos hidup sara yang meningkat, ibu-ibu terpaksa mencari cara lebih efektif bagi memaksima nilai setiap sen yang dibelanjakan dalam persediaan menyambut hari raya.

“Kami mencipta resepi-resepi Sajian Bijak Raya Kimball ini untuk membantu ibu-ibu memaksimakan nilai belanjawan mereka. Hanya dengan RM100, mereka mampu menyediakan hidangan Raya yang berkualiti untuk para tetamu. Dengan penjimatan berkenaan, mereka boleh berbelanja lebih untuk persediaan Hari Raya yang lain seperti ‘duit raya’ dan pakaian baharu; perhiasan rumah dan banyak lagi,” kata Tania.

Gado-gado Raya Kimball merupakan kegemaran tradisional dan mudah disediakan, dan pasti akan menggembirakan pemakan yang paling cerewet. Ayam Masala Kimball, yang lazat dan jimat untuk disediakan, menarik untuk para tetamu yang beraya di rumah anda nanti.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ atau pelbagai resepi-resepi Kimball yang mudah, menjimatkan dan ringkas, sila lawati laman web mereka di pautan kimball.com.my, atau ikuti laman Facebook  bagi mendapatkan lebih banyak kemas kini serta maklumat mengenai produk-produk Kimball, selain panduan bagaimana mahu memaksimakan keenakan masakan menggunakan ramuan-ramuan ringkas yang boleh diperolehi di rumah dengan harga yang berpatutan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
chef rohanihari rayahari raya lebih jimatjuadah hari raya jimatkak engkukimbal dan sajian hari rayamakanan hari rayarahsia resipi lebih jimatraja azuraresipi hari raya jimatresipi jimat tapi mewahrumah terbukasajian hari raya
https://lomp.at/kb6d4
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem