Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Konsep Mediterranean Santorini, Ashhryshoshedap Kini Di R&F Johor Bahru

by Nurul A.
July 24, 2026
Foto - Ashhryshoshedap

Foto - Ashhryshoshedap

36
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas hampir lima tahun membina jenama dalam industri makanan dan minuman, pempengaruh serta usahawan, Ashhry Atan, terus mengorak langkah apabila membuka cawangan kedua restorannya, Ashhryshoshedap R&F, yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Pembukaan restoran berkonsepkan Mediterranean Santorini itu menjadi satu lagi pencapaian penting buat Ashhry, 36, yang memilih gabungan rona biru dan putih sebagai identiti utama restoran baharunya. Menurut Ashhry, inspirasi tersebut lahir daripada minatnya terhadap keindahan pantai dan seni bina Santorini yang sudah lama diimpikan.

“Saya memang sudah lama mengimpikan untuk ke Santorini. Malah, saya sepatutnya ke sana pada April 2020, namun perancangan itu tidak kesampaian akibat pandemik COVID-19. Disebabkan itu, saya membawa inspirasi Santorini ke dalam restoran ini supaya pelanggan dapat merasai sendiri suasana yang saya impikan selama ini.”

Foto – Ashhryshoshedap

Selain menawarkan suasana yang lebih eksklusif dan santai, cawangan baharu itu turut memperkenalkan pilihan menu yang lebih premium berbanding cawangan pertama.

Antara tarikan utama termasuk hidangan stik, wagyu, lobster serta pelbagai pilihan makanan laut segar yang melengkapkan menu sedia ada. Harga makanan pula ditawarkan pada kadar berpatutan bermula RM20 hingga RM500, sekali gus memenuhi keperluan pelbagai kelompok pelanggan.

Cawangan kedua itu mampu menampung sehingga 100 pelanggan pada satu-satu masa, manakala cawangan pertama mempunyai kapasiti sekitar 300 pelanggan.

View this post on Instagram

Bagi Ashhry, pemilihan Johor Bahru sebagai lokasi pengembangan perniagaan bukanlah satu kebetulan, sebaliknya didorong oleh hubungan rapat beliau dengan negeri kelahirannya. Beliau turut berharap pembukaan restoran itu dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan.

Menurutnya lagi, industri restoran di Johor dilihat sangat kompetitif dengan penguasaan pelbagai pemain industri, namun beliau optimis konsep unik serta pengalaman menjamu selera yang ditawarkan mampu menarik perhatian pelanggan.

Pembukaan Ashhry Shoshedap R & F bukan sahaja menandakan perkembangan baharu buat jenama tersebut, malah menjadi simbol komitmen Ashhry dalam terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman tempatan menerusi konsep yang lebih segar, menu yang dipertingkatkan serta pengalaman menjamu selera yang berbeza.

View this post on Instagram

Untuk info, cawangan kedua Ashhryshoshedap R&F terletak di Princess Cove, Jalan Tanjung Puteri, Johor Bahru manakala premis pertama berpangkalan di Nongchik Riverside, Johor Bahru.

Restoran Ashhryshoshedap pernah dinobatkan sebagai Johor The Best Restaurant 2025 dengan menu yang cukup popular adalah hidangan berasaskan telur masin seperti nasi & spaghetti, asam pedas ikan pari dan pencuci mulut unik ‘Kura-Kura Mencintaimu’.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ashhry AtanashhryshoshedapJohor Bahru
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
Foto - Ralph's Coffee
Selera

Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

by Nurul A.
July 18, 2026

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang melambangkan refleksi, kesyukuran dan kebersamaan, Ralph’s Coffee mempersembahkan kotak hadiah kek bulan edisi khas...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
LifeXplore

Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi “Lokal Legends”

by Nurul A.
August 14, 2026

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan Lokal Legends 2026, kempen tahunan yang meraikan jenama tempatan yang telah...

Read moreDetails
Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara