Filem The Mummy yang bakal ditayangkan pada 8 Jun 2017 di seluruh Malaysia memang berbeza dengan filem The Mummy sebelum ini. Walaupun jalan ceritanya akan menyaksikan jasad  ‘mummy’ yang bangkit dari kuburnya, namun penampilan bintang hebat Tom Cruise dalam filem The Mummy ini sedikit sebanyak memberi impak yang tinggi pada penonton malah menjadi lebih popular.

Selain itu, filem The Mummy 2017 ini juga akan diperhebatkan lagi dengan penampilan aktor Gladiator, Russell Crowe. Filem The Mummy ini mengisahkan tentang bangkitnya ratu Mesir kuno bernama Ahmanet yang makamnya “diganggu” oleh sekelompok manusia, hingga mencetuskan kekecohan seluruh dunia.

Beberapa artis jelita seperti Annabelle Wallis dan Chasty Ballesteros juga akan membintangi film The Mummy ini.  Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan tayangan perdana filem ini, jom sertai peraduan yang disediakan dibawah. Tayangan Perdana ‘The Mummy’ bakal diadakan pada 7 June 2017 di TGV, One Utama pada jam 9.15 malam. Apa tunggu lagi! jom rebut peluang menarik ini dengan dapatkan sepasang pas masuk dengan hanya menjawab beberapa soalan dan sertakan slogan paling kreatif.

Syarat Penyertaan

IKLAN
  • Like Facebook murai.my, follow Instagram @hangatdotcom dan twitter @hangatdotcom
  • Kongsikan artikel ini di Facebook anda.
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif di bawah.
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 5 Jun 2017.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut pas masuk tayangan pratonton filem di TGV, One Utama, bermula jam 8.30 malam.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry