Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengarahkan pihak Astro, untuk mengambil tindakan segera dengan menyemak semula dan menapis kandungan dalam drama bersiri, The Magnificent Century, yang didakwa mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk masyarakat Islam.

Berikutan daripada aduan orang ramai, LPF sudah berbincang dengan Astro Isnin lalu.

IKLAN

“Perbincangan itu dihadiri oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana mereka juga telah menerima aduan daripada orang ramai,” kata LPF.

https://www.youtube.com/watch?v=6S0OFlG9EV4

Drama bersiri tersebut mengisahkan pergolakan istana semasa pemerintahan Sultan Sulaiman pada zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah, Turki di abad ke-16.

Baru-baru ini, heboh dikalangan penonton memperkatakan mengenai unsur negatif dalam drama ini di media sosial. Mereka mengutuk Astro kerana menyiarkan siri ini yang dikatakan mengandungi kandungan lucah, dan juga sebagai menghina terhadap Islam dan fitnah keatas Sejarah Uthmaniyah.

Sumber