Berita yang menyedihkan di kala menjelang Hari Raya tidak lama lagi. 15 pengendali stesen minyak Caltex telah dimaklumkan untuk menghentikan operasi berkuat-kuasa pada 30 Jun ini.

Menurut laporan berita dari Free Malaysia Today, 15 pengusaha ini mendakwa mereka berada dalam kebimbangan kerana kerana terpaksa menutup premis masing-masing dan lebih membimbangkan penutupan ini akan menyaksikan kira-kira 200 orang pekerja  hilang pekerjaan.

IKLAN
Seorang daripada pengusaha terjejas, Fauziah Ahmad Fadzil bersama wakil PPIM pada sidang media di stesen minyak Caltex miliknya di Jalan Subang, Shah Alam. – Kredit Foto : FMT

Fauziah Ahmad Fadzil, yang telah menguruskan stesen di Sungai Buloh selama 17 tahun lepas, berkata tidak ada alasan yang diberikan dalam surat penutupan yang diterima dari Caltex Malaysia pada 15 Mei.

“Kami cuba berbincang perkara itu dengan Caltex untuk mengeluarkan isu itu, tetapi mereka enggan berjumpa dengan kami,” katanya.

Fauziah mendakwa Caltex Malaysia telah mengabaikan arahan kerajaan apabila ia melaksanakan dasar layan diri di stesennya.

Pengusaha lain, Yong Sing Fatt, 56, mengulas mengenai arahan penutupan ini meluahkan rasa kecewa kerana stesennya di Taman Salak Selatan merupakan perniagaan yang dia warisi dari bapanya.

Rata-rata pengusaha stesen menyuarakan kebimbangan bahawa syarikat petrol lain mungkin akan dikeluarkan arahan yang sama kepada pengendali mereka.

Sumber