Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Penumpang Buka Mulut Selepas Bengang Juruterbang AirAsia Dikritik

by Zaidin Albert
June 28, 2017
Share on Facebook

Penerbangan AirAsia dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang asal minggu lalu.

Insiden itu terjadi akibat adanya masalah teknikal selepasa pesawat terbang sekitar 90 minit diudara. Airbus A330, pesawat yang digunakan dalam penerbangan itu, bergetar hebat, bahkan disebut bagaikan mesin cuci, akibat kejadian itu.

Susulan dari kejadian ini, ada individu yang mengkritik juruterbang yang terlibat atas tindakannya memohon doa dari penumpang ketika saat-saat pesawat dalam kecemasan.

Disebabkan dakwaan dan kritikan yang tidak berasas itu, satu catatan Facebook semalam oleh seorang penumpang bernama Madeline Wright memuji kelakuan kapten pesawat sepanjang pesawat berada diudara.

View this post on Instagram

A post shared by Sayaka Maeda (@maesaya)

Saya merupakan salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden enjin pesawat Air Asia rosak pada hari Ahad yang lalu dari Perth ke Kuala Lumpur untuk percutian keluarga ke Vietnam. Selepas mendengar bunyi kuat, pesawat kami mula bergegar dan mencetuskan suasana panik bagi kesemua 359 penumpang. Kapten yang bertugas ketika itu menenangkan kami dengan memaklumkan keseluruhan keadaan dan memberitahu kami setiap maklumat mengenai pesawat.

Semua bekerjasama dan tenang sepanjang saat-saat genting itu dan menjadikan lebih mudah bagi anak kapal untuk membantu kami dan kapten terus berjuang untuk menyelamatkan pesawat. Tiada siapa menjerit.  Masalah teknikal seperti ini boleh berlaku pada mana-mana kapal terbang dan syarikat penerbangan murah Air Asia tidak boleh dipersalahkan.

Australia 2 Malaysia.airplane fan blade went missing. Pls pray for my sister which onboard @AirAsia do something please! @tonyfernandes???pic.twitter.com/9X99pO6S5z

— Haji Akil (@haji_akil) June 25, 2017

Pesawat itu diperiksa dengan teliti sebelum berlepas seperti pesawat-pesawat yang lain dan dikawal oleh organisasi keselamatan udara yang sama. Netizen tidak boleh mengkritik Air Asia kerana masalah teknikal boleh berlaku sepanjang masa, walaupun pada penerbangan yang lebih mahal.

Ia menjengkelkan apabila netizen mengkritik kapten pesawat dengan menyarankan kami supaya berdoa dan berharap juruterbang tersebut diberhentikan.

Dan kepada individu yang menyalahkan Air Asia untuk tragedi itu,  semua yang terjadi bukanlah kesalahan mereka dan mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan kami selesa semasa kejadian. Ya, kami menginap di lapangan terbang dalam beberapa jam sementara menunggu berita tentang apa yang akan berlaku seterusnya, tetapi mereka memberikan kami baucer untuk makanan dan air ketika menunggu.

Kami juga diberi pilihan bayaran balik sepenuhnya tiket, penjadualan semula penerbangan, atau tinggal di lapangan terbang buat sementara waku untuk penerbangan seterusnya

Bagi anda yang mengkritik Air Asia, juruterbang kami dan kami di atas kapal. Sila hentikan! Keberanian krew dan kapten kita harus dipuji bukan dikritik kerana mereka melakukan yang terbaik untuk kami, dan semua orang selamat.

Sebelum ini, seorang bekas menteri mengkritik tindakan juruterbang AirAsia meminta penumpang berdoa supaya pesawat yang mengalami masalah enjin itu dapat mendarat dengan selamat. Dia turut menambah lebih suka juruterbang tidak beritahu apa-apa jika berada di ambang maut.

Sumber Facebook

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
'No Roslan Aziz No AirAsia'- Tony Fernandes
airasiaairasiaXAustraliapenerbanganperthpesawatTony Fernandes
https://lomp.at/ysihv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem