Ketika umat Islam merayakan hari raya bersama keluarga, sebaliknya berlaku pada sekumpulan remaja ni. Video berdurasi 22 saat itu dikongsikan laman Facebook Viral Agency, memaparkan kejadian yang berlaku di sebuah tanah perkuburan.
Aksi biadab seumpama ini dirakamkan menerusi video di mana remaja terbabit tanpa rasa bersalah dan malu dengan selamba mencangkung di atas pusara sambil membuat gerakan tarian dengan riak wajah ‘gembira’.
Walaupun tidak dapat dipastikan dimana kejadian ini berlaku, ada yang mendakwa aksi ini bukan di Malaysia tetapi di negara jiran. Video ini mendapat kecaman dan reaksi negatif dari netizen kerana sikap remaja terbabit yang disifatkan menghina agama Islam.
Sumber Viral Agency
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.