Seorang pengguna Facebook, Wai Shean Chau, berkongsi pengalaman ngeri bermalam di Avillion Hotel Port Dickson baru-baru ini. Peristiwa ini tidak mungkin boleh dilupakan selepas siling biliknya runtuh ketika menginap di hotel bertaraf 5 bintang itu.

Dia sempat mengambil gambar dan merakam video ketika kejadian. Dari foto dan video yang diambil, siling bilik dapat dilihat telah runtuh, menampakkan saluran penyaman udara. Selain daripada itu, Wai Shean juga mengadu bahawa bilik  tidak bersih dan katil sedikit tidak selesa sehingga menyebabkan dia mengalami ruam selepas bangun dari tidur.

Dalam postingnya bertarikh 30 Jun, Wai Shean menulis:

“Kami pergi ke Avillion Port Dickson hujung minggu lalu. Saya menempah tiga bilik, tetapi malangnya siling salah satu bilik runtuh dengan tiba-tiba.

“Bilik kami dilimpahi air dan beberapa barang rosak. Kami membuat aduan kepada kakitangan resort dan mereka menyediakan bilik baru, namun kakitangannya tidak begitu ramah. Malangnya bilik tersebut agak tidak bersih sehinggakan keesokan harinya saya mengalami bintik-bintik merah di wajah akibat ruam. Secara keseluruhannya, ia bukan pengalaman yang menyenangkan.

“Keadaan katil ada pepijat dan kakitangan yang tidak mesra dan saya berharap pihak pengurusan melihatnya dengan serius.”

Dalam beberapa hari, posting Wai Shean telah dikongsi lebih daripada 3,600 kali dengan ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hotel itu walaupun mempunya nama yang gah dalam industri perhotelan. – murai.my

IKLAN

Sumber Facebook Wai Shean CHau

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry