Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Status FB Terakhir Penulis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Menyentuh Hati

by Phic ARMAN
July 4, 2017
Share on Facebook

Takziah buat keluarga penulis novel grafik popular era 90an ‘Aku Hidup Dalam Blues’, Azzam Supardi yang menghembuskan nafas terkakhir di Pusat Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh jam 7 pagi tadi.

Abang ipar Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, berkata pengarang berusia 50 tahun itu diserang strok tiga kali dengan kejadian pertama berlaku di kediamannya di Saujana Utama, tahun ini.

Ihsan Foto: Facebook Azzam Supardi

Mohamad Saleeh berkata, serangan kedua berlaku ketika Allahyarham pulang berhari raya ke kampung isterinya di Pahang, menyebabkannya dimasukkan ke hospital di Bentong.

Beberapa hari sebelum arwah meninggal dunia, dia ada meluahkan rasa hati di status facebook dan coretan itu seolah-olah dia tahu pemergiannya.

Catatan tersebut berbunyi: aku penat.., aku letih.., bantu aku…, tolong aku…, dapatkan kembali tidurku yang hilang… Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17am 30/6/17.

Berdasarkan catatan di Facebook beliau, Azzam dimasukan ke hospital sejak 24 Jun lalu dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di hospital.

Ihsan Foto: Facebook Azzam Supardi

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak di Sungai Buloh, tengah hari ini. Allahyarham meninggalkan balu, Siti Rubiahtuliza Ahmad Tajuddin berserta tiga anak, Fatin Amira Najwa, 18; Muhammad Faiz, 16; dan Fatin Adelia Nisa, 6.

Komik tersebut yang amat terkenal pada tahun 90-an merupakan hasil kerjasama Azzam yang juga dikenali dengan nama Toyon dan pelukis Shaari Sulong yang dikenali dengan nama Aie.

Sumber Facebook Azzam Supardi & Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aku Hidup Dalam BluesAzzam Supardipenulispenulis noveltakziah
https://lomp.at/hiwoo
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem