Semalam tersebarnya satu video dimana seorang penumpang wanita yang hendak berangkat ke Jakarta, Indonesia. Kejadian ini berlaku  pagi semalam (5 Jun 2017). menerusi video yang tular. Penumpang tersebut mengenakan pakaian hitam menampar kuat ke wajah petugas wanita di balai pelepasan.

Sementara itu, Pengawai Korporat Komunikasi Angkasa Pura, Awaluddin mengatakan petugas juga mangsa keadaan  itu sudah memberikan peringatan kepada penumpang itu. Peringatan tersebut sebelum melepasi pemeriksaan mesin sinar X atau X-ray.

Selepas penumpang itu melepasi pemeriksaan, penggera mesin Walk Through Metal Detector berbunyi. Ketika itu, petugas wanita meminta penumpang itu untuk membuat pemeriksaan sekali lagi lalu mencetuskan pergaduhan.

Awalnya kelihatan berlakunya perang mulut antara wanita itu dengan petugas. Tak lama kemudian, perempuan berbaju hitam itu terus menampar petugas tersebut.

Difahamkan wanita berang itu merupakan isteri kepada anggota polis berpangkat jeneral polis  yang bertugas di Lemhanas, Indonesia.

Sumber Detik

IKLAN