Baru-baru ini seorang pelawak tanah air Jason Leong telah  berkongsi sebuah video di mana babak dari sebuah drama TV tempatan dengan kapsyen:

Kenapa Malaysia Tak Boleh Menang Oscar atau Emmy?

Kalau belum tengok sila tonton video tersebut di bawah.

Babak yang dikongsi bermula apabila dua pelakon lelaki sedang bergaduh manakala dua pelakon perempuan pula menjerit supaya mereka berdua berhenti. Pada mulanya ianya kelihatan sangat dramatik dan penuh mendebarkan.

Namun babak tersebut terus menjadi kelakar dan mengejutkan apabila salah seorang pelakon lelaki ditolak oleh pelakon lain menyebabkannya dia terjatuh dan tercucuk sebatang buluh.

Ianya sepatutnya menjadi satu babak yang penuh mendebarkan namun kesan visual dari drama tersebut jadi sebaliknya. Netizen mula berkongsi video berkenaan dan mula mengkritik drama berkenaan kerana babak yang sepatutnya ngeri akhirnya menjadi kelakar!

Lihat komen-komen dari netizen dibawah:

IKLAN

Sumber Jason FB

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry