Memalukan! Netizen Kutuk Video Gelek Gerudi Wanita Seksi di Kelantan

Mesti Baca

Masih Bebas & Dituduh Bersembunyi, Nur Sajat Beri Respon Mengejutkan!

Ketika semua media arus perdana melaporkan bahawa usahawan, Nur Sajat diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), lain pula berlaku...

Cardi B Kongsi Dedah Alasan Nekad Buat Pembedahan Plastik

Cardi B menyatakan bahawa beliau berasa sangat yakin setelah menjalani pembedahan plastik. Rapper wanita yang menjalani prosedur implan payudara...

Menyelerakan! Elyana Kini Jalankan Perniagaan Berasaskan Sambal Masakan

Meskipun rata-rata peminat sedia maklum bahawa penyanyi Elyana merupakan seorang pesakit kanser yang kini telah berada di tahap empat,...

Kontroversi yang melibatkan 3 artis dikir barat wanita ini telah mengundang kecaman dari netizen di media sosial. Aksi mereka bertiga dirakamkan menerusi video selama 5 minit dan 12 minit secara live di Facebook.

Video yang menjadi tular ini menyaksikan persembahan mereka meraikan pengantin baru di Kampung Padang Tembusu.

Menurut laporan dari Sinar Harian persembahan ini bermula jam 10 malam hingga jam 12 malam semalam menjadi tumpuan ratusan penduduk kampung yang menonton sampai habis persembahan mereka.

Dalam video berkenaan tiga wanita dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat lelaki. Tindakan tiga artis itu dikutuk sesetengah pelayar laman sosial, lebih-lebih lagi Kelantan sebuah negeri yang digelar Serambi Makkah.

Laporan dari Harian Metro mengatakan tuan rumah yang hanya mahu dikenali Mohamad, 58 tahun, mendakwa beliau tidak tahu-menahu acara tarian “gelek berahi” itu.

Beliau hanya dimaklumkan oleh pengurus kumpulan muzik untuk membuat persembahan dikir “biasa” sahaja.

“Saya tidak tahu-menahu mereka sediakan tarian gelek kerana semuanya diuruskan kumpulan dikir,” katanya, yang tinggal Kampung Padang Tembusu.

Beliau, yang enggan memberikan nama sebenar, meminta anaknya menjemput penyanyi dikir tetapi tidak menyangka ada tarian gelek.

Sumber Sinar Harian dan Malay Mail Online

Terkini

Ingat Lagi Penyanyi Shajiri? Kini Bergelar Usahawan & Berkongsi Tips Untuk Menjana Pendapatan

Anda masih ingat dengan penyanyi Kumpulan KGB yang pernah popular dengan lagu 'Orang Kita' dan 'Hadirlah Kasih' Shajiri? Shajiri...

Artikel Berkaitan