Chris Martin membuat kejutan bersama peminat Coldplay selepas dia menarik salah seorang peminatnya berkerusi roda ke atas pentas untuk beraksi bersama-sama dengan band ini di konsert mereka di Dublin.

Mulanya, penonton yang dikenali sebagai Rob itu menyaksikan konsert ‘A Head Full of Dreams’ bersama ribuan peminat. Tiba-tiba, seorang penonton lain terjatuh dan terlanggar Rob.

“Dia sudah meminta maaf. Dia dan temannya kemudian berusaha mengangkat saya supaya saya boleh melihat konsert dari posisi yang lebih baik. Kemudian, Chris Martin melihat saya dan memanggil saya untuk naik ke atas pentas untuk bersama Coldplay,” katanya seperti yang dilaporkan BBC News.

Menerusi rakaman sebuah video menunjukkan, Chris Martin juga membantu ketika Rob hendak naik ke atas pentas. Vokalis kegilaan ramai itu juga dilihat memeluk peminat tersebut dengan penuh mesra.

Bukan itu saja, Chris Martin juga memberikan sebuah harmonica kepada Rob. Mereka akhirnya berkolaborasi dan membuat seluruh penonton bersorak.

Sumber Metro

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry