Waliyha Azad merupakan salah seorang adik perempuan penyanyi popular Zayn Malik yang kini sedang hangat diperbincangkan kerana penampilan barunya.

Tidaklah sepopular abangnya, namun Waliyha Azad pernah terlihat dalam video klip “Story of My Mife” yang merupakan salah satu lagu dari One Direction pada tahun 2013 dahulu. Anda boleh lihat video di bawah, Waliyha pada minit 01:00.

Agak lama menyepi, kini netizen dikejutkan dengan penampilan barunya selepas gambar terbaru dirinya mengenakan hijab di Instagram.

Sebelumnya ini Waliyha lebih selesa dengan rambut panjangnya yang ikal dan tebal. Namun kini, ia memilih untuk menutup mahkotanya tersebut dengan mengenakan hijab.

Waliyha kerap kali terlihat dengan gaya hijab moden.

IKLAN

Jika dilihat dari posting yang terbaru dalam akaun instagram miliknya, Waliyha sudah mengenakan hijab sejak awal Januari lalu. Namun tidak konsisten menggunakannya.

Sumber Instagram Zayn Malik

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry