Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026
2AM

Foto - 2AM

Share on Facebook

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall baru-baru ini. 2AM memperkenalkan satu pendekatan baharu yang menggabungkan fesyen, teknologi percetakan 3D dan inovasi produk. 

Teras utamanya ialah teknologi percetakan 3D, yang memberikan jenama ini lebih  kebebasan untuk bereksperimen dengan bentuk, struktur dan fungsi, di samping  membolehkan penggunaan bahan yang boleh dikitar semula serta mengurangkan  pembaziran bahan berbanding kaedah penghasilan kasut konvensional. 

2AM Mentakrif Semula Dunia Kasut

Menyasarkan pengguna secara amnya dalam lingkungan usia 22 hingga 55 tahun, jenama ini amat sesuai untuk golongan yang mementingkan fesyen dan sneaker, serta  menghargai reka bentuk, inovasi dan kualiti. 

Walaupun ketika ini, jenama berkenaan mempunyai pengikut yang lebih ramai dalam kalangan  lelaki, namun ia menawarkan rekaan yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Lebih daripada sekadar reka bentuk, pengguna dapat merasai keselesaan, kualiti dan pengalaman pemakaian yang berbeza daripada kebiasaan. 

Pengembangan 2AM diteruskan dengan pembukaan kedai kedua di Sunway Pyramid  pada 15 September, dengan lokasi seterusnya sedang dipertimbangkan termasuk  Pavilion Kuala Lumpur, The Exchange TRX, Mid Valley, 1 Utama dan KLCC.

Selain pengembangan runcit, 2AM turut merancang untuk membina komuniti  tempatan melalui kerjasama dengan jenama dan penggiat kreatif Malaysia, di samping  meneroka aplikasi teknologi percetakan 3D pada masa hadapan, termasuk pilihan saiz,  sokongan lengkungan kaki dan reka bentuk yang diperibadikan. 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
2AMioi city mall
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara