Penyanyi bersuara lunak yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta, Nor Nadia Natasha Bt Mohd Manshahar atau lebih dikenali sebagai Tasha Manshahar kini dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.

Penyanyi yang juga seorang guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah rendah di Melaka ini juga telah menukar nama nya di Instagram sebagai ‘somebody that you used to know’ dan memadam kebanyakan gambarnya di Instagram yang kini hanya penuh dengan gambar – gambar motivasi.

Menurut duta produk Himalaya ini juga, beliau kini tidak lagi mengambil sebarang undangan nyanyian mahupun fotografi. Sebaliknya beliau memfokuskan pada karier nya sebagai seorang guru.

IKLAN

Baginya, keputusan memadam gambar di Instagram adalah bagi mengelakkan individu tertentu menyalah gunakan gambar nya bagi tujuan tertentu. Turut dilihat pada akaun Twitter nya, Tasha Manshahar kini bergerak aktif dalam aktiviti perkongsian idea dan ilmiah bersama peminat – peminatnya.

Diharap Tasha Manshahar akan terus sukses dengan segala bidang yang diceburinya

Gambar Twitter Tasha Manshahar 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry