Sebelum ini ramai yang membantah apabila nama Fattah Amin disebut sebagai calon pelakon utama drama terkenal dari Korea Selatan, Coffee Prince yang bakal diadaptasikan di bawah arahan Michael Ang.

Bantahan yang dihantar melalui petisyen berjumlah 326 tanda tangan itu bagaimanapun tidak dapat menandingi petisyen berjumlah kira-kira 2,098 tanda tangan yang menyokong Fattah Amin menjadi pelakon utama drama berkenaan.

Walau bagaimana pun, keputusan produksi telah dibuat dan Fattah Amin telah dipilih sebagai pelakon utama Coffee Prince yang bakal memegang watak Raykal (Gong Yoo) dan akan bergandingan dengan Janna Nick yang telah memulakan penggambaran pada hari ini.

IKLAN

Sumber BH Online 

Gambar Mstar Online Instagram Fattah Amin

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry