Penyanyi dan penulis lagu Yunalis Zarai, atau Yuna, secara rasmi sudah bertunang dengan pengarah tempatan Adam Yousof Mohamed Sinclair.

Menurut kenyataan Yuna Room Records, majlis pertunangan di rumah ibu bapa Yuna di Shah Alam, Selangor, hari ini, dihadiri hanya oleh ahli keluarga dan sahabat dekat.

Kredit Foto: Astro Gempak

Kepada yang masih belum mengenali Adam Sinclair, jejaka berusia 33 tahun ini merupakan adik kepada Asyraf dan Aisyah Sinclair. Anak bongsu kepada pasangan Mohamed yang berbangsa Inggeris dan Khadijah yang berbangsa Melayu.

Mengenali Adam Sinclair

Keluarga Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, terdahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu.

Adam bukan sahaja kacak tetapi jejaka ini dikatakan kelakar yang membuatkan Yuna selalu ketawa ketika bersama. Namanya di Instagram pun letak ‘Adam You Are So Funny’ . Lihat sahaja foto-foto comel Adam ini, memang mencuit hati. Patutlah Yuna pun boleh jatuh hati!

IKLAN

Sumber Instagram Adam Sinclair

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry