Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Bukan Shaheizy Sam Seorang, 7 Selebriti Ini Pernah Isytihar Muflis

by Khai Azfar
August 11, 2017
126
KONGSIAN
Share on Facebook

Kecoh seketika apabila pelakon terkenal, Shaheizy Sam dikatakan telah diisytiharkan sebagai muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi keratan akhbar baru-baru ini. Menurut Sam, beliau kini sedang menghubungi LHDN dan menunggu maklum balas dari mereka.

Selain Shaheizy Sam, 6 selebriti ini turut terpalit dengan kontroversi apabila pernah diisytiharkan muflis dan mempunyai isu dengan LHDN.

1. Nelydia Senrose

Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Senrose pernah menggemparkan industri hiburan setelah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya. Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memerlukan dia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

2. Amy Search

Suatu ketika dahulu, Amy Search pernah membuat pengakuan bahawa beliau telah diisytiharkan muflis. Gara gara ingin membantu rakan baiknya, Amy Search telah ditipu oleh individu tersebut sehingga menyebabkan beliau muflis.

3. Aweera

Diisytiharkan muflis ketika usianya 22 tahun, penyanyi Aweera mengaku muflis gara – gara membuat pinjaman bank untuk tujuan peribadi. Sehingga kini tiada berita mengenai penyanyi ini. Kemanakah Aweera menghilang?

4. Rita Rudaini

Pelakon yang pernah popular menerusi lakonannya dalam mami jarum, Rita Rudaini bukanlah diisytiharkan muflis. Namun beliau akui terlepas pandang akan cukai pendapatan yang perlu dibayar setelah terdapat beberapa laporan artis yang gagal membayar cukai pendapatan.

Penutupan Rumah Kueh

Terkini Rita dikatakan telah menutup perniagaan restorannya, Rumah Kueh kerana kurang sambutan.

5. Farah Diana

Farah AF2 atau kini dikenali sebagai Farah Diana pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau bersikap berdiam diri setelah namanya dikatakan muflis. Malah penyanyi dan pengacara ini turut terpalit dengan beberapa kontroversi lain. Namun menurut Farah, segalanya telah selesai dan kini beliau aktif mengacara beberapa program berbentuk wawancara dan kerohanian

Tak Pernah Rasa Kehadiran Bapa Di Sisi, Anak-Anak Rita Rudaini Akui Tak Pernah Terasa Suram

6. Ziela Jalil

Pelakon dan pengarah, Ziela Jalil pernah ‘mengamuk’ apabila beliau dikatakan memakai tudung yang berharga 3O ribu. Enggan menimbulkan masalah dengan LHDN, pengarah ini telah menjelaskan bahawa terdapat salah faham dengan salah satu akhbar tersebut.

7. Fizo Omar

Gara-gara namanya dikatakan disalah guna sebagai penjamin bagi pinjaman RM2 juta tanpa pengetahuannya, pelakon Fizo Omar diisytihar muflis. Fizo memaklumkan dia sudah memaafkan individu yang menyebabkan dia menanggung bebanan itu.

View this post on Instagram

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Bangkit Semula

Perkara itu menjadikan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 31, lebih bersyukur dan mampu bangkit semula sehingga berjaya memiliki beberapa syarikat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aidil zafuan dan rita rudainiamy searchaweeraDatuk Ziela Jalil Bengang Wartawan Akhbar Tempatan Putar Belit Ceritafarah af2farah dianalhdnnelydia senrosenik zaris nelydiarita rudainirumah kuehshaheizy samshaheizy sam muflistudung bawal Ziela Jalilziela jalil
https://lomp.at/2dgd8
Share50Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem