Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Watak Caron Dan Bos Dalam Komik Mat Despatch Sebenarnya Wujud!

by Khai Azfar
August 14, 2017
Share on Facebook

Minggu lepas negara dikejutkan dengan pemergian seorang kartunis hebat, Zainuddin Saleh atau lebih dikenali sebagai Lengkuas.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.Terkini selepas pemergian Allahyarham, seorang wanita yang juga rakan karib beliau telah berkongsi status di Facebook miliknya dan turut meluahkan rasa sedih.

Tetapi apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila wanita tersebut mengaku beliau adalah Caron, watak setiausaha yang dimaksudkan dalam setiap kali kartunis tersebut berkarya di dalam komik Mat Despatch.

Menurut Caron atau nama sebenarnya Caron How Choy Sim, beliau turut akui segala ‘drama’ yang berlaku di dalam komik tersebut adalah satu realiti dan kesemua watak tersebut juga wujud termasuk ‘Bos’.

Caron turut memberitahu bahawa wataknya di dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham. Lebih mengejutkan adalah apabila seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Zulkifli Noordin, mengaku beliau adalah ‘Bos’ yang dimaksudkan Allahyarham Zainuddin

” Saya nampak bakat besar dia dan suruh dia kembangkan. Kebetulan saya kenal saudara Ujang masa tu. Banyak pengalaman manis semasa bersama Allahyarham. Nak tahu saper Bos tu sebenarnya…”

Rata-rata netizen memberi komen dan maklum balas yang cukup mengharukan dan turut mempertemukan semula watak ‘Bos’ dan ‘Setiausaha’ nya.

Al-Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Lengkuas @Zainuddin Saleh

Sumber Facebook Carol How Choy Sim

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
carolkartunis lengkuaskartunis lengkuas meninggal duniakomik mat despatchlengkuasmajalah ujangmat despatch
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara