Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

24 Bekas Pelajar Akademi Fantasia Bakal Bersaing Dalam AF Megastar

by Khai Azfar
August 22, 2017
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Demam Akademi Fantasia bakal bermula dimana musim terbaru ini bukanlah menampilkan pelajar-pelajar baru sebaliknya terdiri daripada 24 orang pelajar musim terdahulu daripada 13 musim Akademi Fantasia, yang dinamakan sebagai Akademi Fantasia Megastar.

Kesemua 24 pelajar AF Megastar tersebut adalah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

Daripada senarai ini, lapan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu turut tersenarai Zahid (AF2), Faizal (AF4), Mila (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016).

Sebelum ini terdapat ramai bekas pelajar yang mencuba nasib sebagai peserta AF Megastar namun hanya 24 orang sahaja pelajar yang terpilih untuk berentap.

Mengenai format AF Megastar, kesemua pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama dan bakinya bakal menjayakan persembahan pada konsert minggu kedua. Konsert prelude ini diberi nama Konsert AF Homecoming.

Pada penghujung konsert minggu kedua nanti, 12 pelajar yang layak akan diumumkan untuk mara ke minggu seterusnya.Manakala bermula pada minggu ketiga, setiap pelajar yang terpilih akan bersaing sehingga minggu kelapan sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai juara AF Megastar.

Topik Berkaitan [VIDEO] Gelagat Anak Tok Ram Menari Buatkan Netizen Terhibur

Musim kali ini turut menampilkan dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat. Seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu persembahan seperti musim musim yang sebelumnya.

Untuk konsert prelude, sistem pemarkahan akan dikira berdasarkan markah dari juri profesional sepenuhnya, manakala pada konsert mingguan, sebanyak 60 peratus markah terdiri daripada juri profesional dan 40 peratus lagi hasil undian SMS dan secara online.

Kelainan pada konsep AF Megastar adalah dimana tiada tenaga pengajar disediakan kerana semua pelajar ini sudah bergelar penyanyi profesional selain setiap pelajar bakal diberikan lagu mengikut tema disediakan setiap minggu sama seperti konsep Gegar Vaganza.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AdiraAF 2017AF Megastarafmegastar2017akademi fantasiaAkademi Fantasia MegastarKonsert AF MegastarKonsert AF Preludepeserta AF MegastarRamli MSSyafinaz Selamat
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

  5. 5

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara