Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

Selain Hanez Suraya, 5 Pelakon Ini Nekad Berhenti Berlakon

by Khai Azfar
August 23, 2017
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai pelakon terkenal, Hanez Suraya yang mengambil keputusan untuk berhenti dari berlakon. Keputusan ini diambil bagi memfokuskan perniagaannya selain dari memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarganya

Selain Hanez Suraya, 5 orang pelakon terkenal ini juga meninggalkan tanda noktah pada dunia lakonan bagi memberi tumpuan di dalam bidang yang diceburi masing-masing.

1. Raja Farah

Atas dasar cinta dan sayang beliau yang mendalam terhadap keluarganya, Raja Farah mengambil keputusan untuk tinggalkan dunia lakonan. Keputusan ini diambil kerana beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada cahaya matanya di samping selesa berada di rumah sepanjang masa.

2. Adi Putra


Selepas kecoh seketika dengan isu rumah tangga pelakon ini, Adi Putra berkata beliau kini tidak lagi berlakon dan kini sedang berjinak-jinak dalam bidang di sebalik tabir perfileman.

3. Syazwan Zulkifly

“Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini. Ini masalah peribadi yang pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh mana-mana pihak, lebih baik undur diri”

Dek kerana kecewa dengan kisah percintaan beliau, pelakon berbakat ini telah ucapkan selamat tinggal kepada kariernya sebagai seorang pelakon.

4. Dira Abu Zahar

Menurut Dira, beliau sudah membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia lakonan dan ingin fokus didalam bidang pengarahan. Dira menganggap zamannya untuk tampil sebagai pelakon di dalam drama mahupun filem sudah berakhir dan filem Kimchi Untuk Awak adalah buah tangan terakhir Dira sebagai pelakon.

5. Noorkhiriah

Noorkhiriah mengambil keputusan ini bagi memberikan tumpuan kepada perniagaan jubah Muslimah dan jus beliau. Menurut pelakon serba boleh ini, sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan gelaran pelakon yang disandang sejak akhir era 90-an.

[VIDEO] "Bukan Selalu Cik Manis Ni Masak..."-Nedim Nazri

Selain nama-nama di atas, pelakon Nora Danish, Nina Iskandar, Mia Ahmad dan Syatilla Melvin juga menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon bagi menumpukan perhatian sepenuhnya pada keluarga. Apapun semoga terus sukses buat bintang-bintang ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
adi putradira abu zaharieda moin dan noorkhiriahkimchi untuk awakmia ahmadNina Iskandarnoorkhiriahnora danishraja farahsyazwan zulkifli
https://lomp.at/si39i
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem