Tahniah buat Ahmad Amsyar Azman, atlet terjun negara yang memenangi pingat emas pertama di Sukan SEA Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 28 AUGUST 2017. Penerjun Malaysia, Ahmad Amsyar Azman merangkul pingat emas selepas melakukan terjunan pada acara 1m papan anjal lelaki Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Namun apa yang mencuri perhatian adalah di saat Amsyar memeluk bapanya dan kedua-duanya tidak menahan sebak sebaik sahaja Amsyar berjaya merangkul pingat emas bagi acara 1 meter papan anjal lelaki di Sukan Sea KL2017.

IKLAN

Rata – rata netizen turut berkongsi rasa sebak dan membanjiri ucapan tahniah di Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/BYVisZsl0cQ/?taken-by=anssyaz

Kemenangan tersebut cukup bermakna buat Amsyar kerana ianya juga merupakan hadiah hari lahirnya yang ke 25 dan disambut meriah di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

Kontinjen Malaysia turut menghadiahkan beliau 5 buah kek hari lahir dan diikuti kejutan nyanyian lagu ‘Happy Birthday’ di atas podium sebagai tanda terima kasih kerana berjaya merangkul emas buat negara.

Sumber Facebook BHOnline 

Komen Anda