Masih ingat dengan artikel Hangat mengenai suara watak animasi Yaya dalam Boboiboy? Beliau adalah Nur Sarah Alisya Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Alisya yang juga adik kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha.

Baru-baru ini Alisya ada memuat naik sebuah gambar beliau bersama Hanis Zalikha beserta tweet,

“kan aku dah kata muka aku macam Hanis Zalikha, korang tak caya”

Niat Alisya pada mulanya hanya ingin meniru sebuah kiriman yang tular mengenai wajah dan warna kulit individu tersebut, namun lain pula yang jadi apabila terdapat komen dari pengguna Twitter yang mengecam warna kulitnya yang gelap berbanding Hanis Zalikha

” Cerahkan sikit muka tu, namopak dark sangatlah. Cerah sikit je dari celah ketiak aku”

Menyedari komen tersebut sedikit kasar, Alisya membalas,

IKLAN

” and damage my skin? get skin cancer? and leave this beautiful golden sun – kissed melanin glow? baby, i refuse”

Rata – rata komen dari pengguna Twitter meminta Alisya mengabaikan komen tersebut dan turut memuji mempunyai warna kulit yang cantik.

Tinjaun Hangat ke atas akaun individu yang menghentam Alisya mendapati beliau sudah pun memadam komen tersebut dan turut mengakui kesalahannya.

Siapa cakap perempuan berkulit gelap tidak cantik? Jika tidak, perempuan di Amerika tidak akan sanggup menyimpan wang semata-mata ingin mengelapkan kulit.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry