Penyerang Real Madrid telah menambah sebuah lagi kereta baru untuk koleksinya. Cristiano Ronaldo memperkenalkan kereta Ferrari F12 TDF pada peminatnya di akaun Instagram miliknya semalam (6/9/2017).

Bergambar di samping Ferrari F12 TDF warna merah gelap, dengan kapsyen “Arrived“, ternyata kereta mewah tersebut sangat dinanti-nantikan oleh bintang bola sepak ini.

View this post on Instagram

Arrived 👌👌👌

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Uniknya model ini hanya dijual kepada pemilik tegar iaitu orang yang sudah mempunyai lima Ferrari yang lain dalam koleksi mereka.

Kereta baru Ronaldo boleh mencapai kelajuan sehingga 340km/ jam dan difahamkan selain Ferrari F12 TDF, beliau juga memiliki kereta mewah lain seperti Bugatti Veyron, Bentley GT, Aston Martin DB9 dan Phantom Rolls-Royce.

Dengan pendapatan yang mencecah US $ 44 juta, tidak menghairankan Ronaldo boleh membeli kereta-kereta mewah dan termahal di dunia. Salah satu kereta mewah yang paling mahal yang ia miliki adalah Bugatti Veyron bernilai US $ 1.7 Juta (RM7.1 Juta) manakala Ferrari F12 TDF berharga £340,000 (RM1.8 Juta) di UK dan merupakan edisi khas Ferrari F12.

Sumber IG Cristiano Ronaldo

IKLAN