” Mak Hayam bertemu anak ikan”
Ujar seorang pengarah filem yang dikenali sebagai Che Mat melalui sekeping gambar yang dimuat turun di akaun Instagram miliknya.
Gambar tersebut adalah gambar beliau bersama pelakon kacak, Zul Ariffin. Adakah memang benar Zul Ariffin menjadi anak ikan kepada pengarah tersebut sehingga membuat beliau menyahaktifkan sementara akaun Instagram nya baru-baru ini?
Menolak dakwaan tersebut, Zul Ariffin membuat demikian dek kerana takut ketagih dengan media sosial dan bukanlah kerana dihimpit kontroversi ataupun digodam.
Malah gambar tersebut diambil Che Mat sebagai kenang – kenangan ketika majlis sidang media pelancaran filem Tombiruo yang juga dilakonkan oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Faye Kusairi dan ramai lagi.
Mengambil masa hampir 20 tahun untuk jadikannya sebagai satu filem, Tombiruo akan menemui penonton bermula pada 12 Oktober ini dan menjangkakan mendapat sambutan hangat dari penonton selepas filem JRevolusi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.