Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Zul Ariffin Kurus Gila”-2 Kali Pitam, Hidung Berdarah, 20KG Hilang Dalam 60 Hari!

by Puteri Alia
July 1, 2025
Share on Facebook

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin sekali lagi membuktikan tahap komitmennya yang luar biasa terhadap dunia lakonan apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh hanya dua bulan demi menjayakan watak filem aksi terbaharunya. Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin, 39, mendedahkan bahawa proses penurunan berat badan itu bukan sekadar pengorbanan fizikal tetapi turut menguji ketahanan mental dan kesihatan dirinya.

Dalam satu hantaran di Instagram, Zul mendedahkan berat badannya turun daripada 101kg ke 81kg dalam masa 60 hari yang penuh cabaran, termasuk mengalami dua kali pitam, sekali hidung berdarah dan kerap diserang migrain serta pening kepala akibat diet rendah karbohidrat dan gula.

Biarpun keadaan kesihatannya terjejas, Zul tetap meneruskan disiplin ketat dengan menjalani latihan selama dua hingga tiga jam setiap hari. Dalam hantaran tersebut, dia turut memuat naik gambar menunjukkan bentuk perut berotot hasil kerja kerasnya, sambil menyertakan lagu Enter Sandman oleh Metallica sebagai latar muzik, menambahkan lagi elemen dramatik dan semangat perjuangannya.

Zul mengakui pada mulanya tidak yakin mampu mencapai sasaran tersebut, apatah lagi kali terakhir dia melakukan transformasi fizikal seperti itu adalah sembilan tahun lalu untuk filem Tombiruo, yang ketika itu hanya melibatkan penurunan 13kg.

Pelakon filem Sangkar itu menjelaskan bahawa kali ini cabarannya jauh lebih besar, namun atas dasar komitmen terhadap watak dan profesionalisme, dia memilih untuk tidak berpatah balik. Menurut Zul, kadangkala seseorang hanya perlu ‘rempuh’ cabaran secara terus dan hadap segala kesukaran yang datang. Kini selepas dua bulan perjuangan, Zul bersedia memulakan penggambaran filem aksi berjudul Furious, yang dijangka menampilkan satu lagi sisi ekstrem beliau di layar perak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Zul Ariffin
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - All My Anecdotes
Spotlight

Peluang Keemasan Untuk Rakyat Malaysia, Audrey SWF2 Bakal Teraju Uji Bakat Idola Global!

by Nurul A.
July 5, 2026

All My Anecdotes (AMA), label kreatif K-pop yang sedang meningkat naik yang diasaskan bersama oleh Lee Haein (kuasa kreatif yang...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Mohon Maaf Untuk Konsert- “Terlalu Banyak Yang Tak Dapat Dicoretkan”

by Phic ARMAN
August 16, 2026

Sebuah konsert yang dinanti-nantikan pastinya diharapkan berjalan smooth dari awal sampai akhir. Tapi apa jadi kalau perkara teknikal pula mengganggu...

Read moreDetails
Foto - @syedsaddiq (IG)
Spotlight

Kutipan 3 Kali Ganda, Syed Saddiq Terus Agih Bantuan Selepas Larian 171Km

by Nurul A.
July 20, 2026

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi bualan ramai, lebih-lebih lagi selepas menamatkan misi lariannya sejauh 170...

Read moreDetails
Foto - @nadiyah.shahab (IG)
Spotlight

Nadiyah Shahab Perjelas Dakwaan Pegang Haiwan Berupa Serigala- “I Dah Sertu”

by Nurul A.
August 10, 2026

Baru-baru ini pelakon Nadiyah Shahab menjadi perhatian ramai selepas berkongsi gambar bersama beberapa ekor haiwan yang didakwa serigala. Menerusi perkongsiannya...

Read moreDetails
Foto - rhyu
Spotlight

Penyanyi Singapura, rhyu Kembali Dengan Single Baharu “Pity”

by Nurul A.
July 20, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Singapura, rhyu, kembali dengan lagu hit sentimental baharu, ‘Pity’, keluaran single ketiga tahun ini. Dalam single...

Read moreDetails
Spotlight

Yuka Kharisma Puji Persembahan Aishah, Kagum Tahu Semua Lagu Tanpa Prompter

by Phic ARMAN
July 7, 2026

Konsert Datuk Aishah, Aishah 40 Chapters of Love Concert, bukan sahaja meninggalkan kenangan manis buat peminat, malah turut memberi kesan...

Read moreDetails
Foto - @kitelikenerves (IG)
Spotlight

Penyanyi Pop Indonesia, HNATA Kembali Dengan Single Baharu “nothing stays the same”

by Nurul A.
July 14, 2026

Penyanyi pop Indonesia HNATA kembali dengan single baharu daripada album sulungnya yang akan datang, SAYONARA! bertajuk "nothing stays the same"....

Read moreDetails
Spotlight

Dituduh Biarkan Ibu Terkontang-kanting, Marissa Dania Jawab Pedas Kecaman Netizen

by Phic ARMAN
July 7, 2026

Hubungan kekeluargaan selebriti sememangnya sering menjadi perhatian netizen. Namun, ada kalanya komen yang ditinggalkan seolah-olah terlalu jauh mencampuri urusan peribadi...

Read moreDetails
imzoo
Spotlight

Penyanyi imzoo Lancar Single Kolaborasi “waiting for u” Bersama will hyde

by Nurul A.
August 4, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Korea, imzoo melancarkan kolaborasi antarabangsa pertamanya, "waiting for u" bersama penyanyi dan penulis lagu Australia, will...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Filem

Treler ‘Operation Safed Sagar’ Di Netflix Cetus Adrenalin Penonton!

by Nurul A.
July 31, 2026

Psst... Filem ini diinspirasikan oleh kisah Skuadron Golden Arrows yang belum pernah diceritakan. Pada musim panas 1999, ketika Perang Kargil...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara