Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

5 Pengacara Yang Mendapat Gelaran ‘The Golden Voice’

by Khai Azfar
September 9, 2017
189
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidak akan lengkap sesuatu acara tanpa pengacara majlis. Di Malaysia, bakat yang dimiliki oleh pengacara – pengacara telah dihargai melalui beberapa anugerah termasuklah Anugerah Pengacara Popular anjuran sebuah akhbar tempatan.

Namun,tahukah anda 5 pengacara ini telah mendapat gelaran ‘The Golden Voice’ kerana mempunyai suara yang lunak serta bakat pengacaraan yang diiktiraf dalam dan luar negara?

1. Raymond Goh

Jika anda pernah menonton berita TV3 pada tengah malam, pasti anda akan ingat dengan wajah ini. Berkecimpung di dalam dunia pengacaraan hampir 14 tahun, Raymond telah mendapat gelaran “The man with the golden voice” oleh majalah Malaysia Tatler

2. Datuk Yasmin Yussuf

Setelah berundur diri dari dunia lakonan, Datuk Yasmin Yussuf mengambil keputusan untuk fokus kepada dunia pengacaraan. Siapa sangka kebanyakan iklan di televisyen adalah suara lunak beliau. Terkini, beliau dan Raymond Goh telah bergandingan menjadi suara latar di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

3. Dato Mahadzir Lokman


Siapa saja yang tak kenal dengan individu ini. Dato Mahadzir Lokman tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan. Selain sering dijemput mengacarakan pelbagai acara bertaraf antarabangsa beliau juga berkebolehan bercakap dalam 7 bahasa

4. Adibah Noor

Beliau bukan sahaja boleh menyanyi, berlakon malah bekas guru Bahasa Inggeris ini berkebolehan dalam mengacara. Selain pernah bergelar penyampai radio, Adibah Noor juga aktif mengacara beberapa program di televisyen dan juga pelbagai acara rasmi sekitar ibu negara

5. Halim Othman

Mengungguli carta Penyampai Radio Lelaki terbaik selama empat tahun berturut – turut, nama Halim Othman akan sentiasa menjadi ingatan. Manakan tidak, Halim yang pernah mengacarakan rancangan realiti Roda Impian pada suatu masa dahulu cukup meninggalkan kesan. Memang layaklah beliau mendapat gelaran ‘The Golden Voice’ 

adibah noordatuk mahadzir lokmandatuk yasmin yussufhalim othmanpengacara popularraymond goh
https://lomp.at/yozt1
Share125Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem