Bila dilihat pada gambar-gambar pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri ternyata mereka kelihatan sangat bahagia.

Malah menerusi gambar terkini yang dimuat naik oleh Nora di Instagram nya, kedua – dua suami isteri ini sudah kelihatan agak berisi berbanding sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, faktor perubahan saiz Nora dikatakan adalah disebabkan beliau sedang mengandung dan rata – rata komen dari peminat turut memperkatakan hal tersebut serta mengucapkan tahniah.

Menurut sumber lain, Nora dikatakan sedang hamil pada fasa awal kehamilan dan pasangan ini bercadang untuk tidak menghebahkannya kerana masih terlalu awal.

IKLAN

Apa pun, sama-sama kita doakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Sumber Instagram Nora Danish

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry