Penyanyi Adira hampir terjatuh di atas pentas selepas selesai mempersembahkan lagu di konsert Akademi Fantasia Megastar malam tadi.

Namun sebelum juri sempat memberikan komen telah berlaku satu insiden yang tidak disengajakan. Ketika mahu turun dari pentas, Adira hampir terjatuh mujurlah Datuk Aznil Haji Nawawi sempat memegang tangan Adira ketika menuruni pentas.

Punca Adira terjatuh di atas pentas pasti sebab terpijak baju gaunnya yang agak labuh. Mujur tidak berlaku apa-apa kecederaan serius keatasnya. Rasanya ini bukan pertama kali insiden ini berlaku pada Adira di atas pentas.

Suatu ketika dahulu Adira pernuh tersungkur di pentas Mentor Legend selepas persembahan duet protege protege Mas Idayu, Tuah.

Mungkin selepas ini, para artis wanita perlu lebih berhati-hati memilih pakaian yang sesuai. Tidak boleh terlalu labuh. Takut juga jika terpijak baju sendiri dan jatuh tergolek, tak pasal nanti boleh mendapat kecederaan yang serius.

Sumber Astro Gempak

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry