Semalam, pelakon Emma Maembong telah memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya selepas menghadiri tayangan premier filem pertama adiknya Chacha Maembong, Im Not A Terrorist.
Di dalam gambar tersebut kelihatan kedua-dua adik beradik ini bersama ibu mereka, Yatimah Zainab/ Janet Isa yang berasal dari Scotland.
Rata-rata netizen memuji kecantikan ibu mereka malah ada diantaranya turut menyamakan ibu mereka seperti Puteri Elsa di dalam filem animasi Frozen.
Tidak hairanlah adik-beradik mereka semuanya cantik dan kacak kerana mewarisi darah kacukan ibu mereka
Walaupun berasal dari Scotland, ibu mereka sangat fasih bercakap dalam loghat Terengganu. Menarik bukan?
Sumber Instagram Emma Maembong