Minggu hadapan kesemua 12 peserta yang terpilih sebagai peserta Akademi Fantasia Megastar 2017 bakal membuat persembahan dalam konsert pertama program realiti tersebut.

Namun begitu, sebelum ini terdapat ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan rasmi tersebut termasuklah penaja utama AF Megastar, Dato Aliff Syukri.

Ramai yang menyangka nama salah seorang peserta Konsert Homecoming yang juga juara Akademi Fantasia 5, Mila bakal terpilih sebagai top 12 tetapi telah ditakdirkan perjalanannya di AF Megastar terhenti disitu sahaja.

Dek kerana ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut, pihak Astro telah mendedahkan jumlah markah keseluruhan yang diperolehi oleh kesemua 12 peserta akhir AF Megastar 2017.

IKLAN
  1. Idayu – 92% 
  2. Bob – 88% 
  3. Marsha – 88% 
  4. Syamel – 88&%
  5. Amir Jahari – 82% 
  6. Indah – 78% 
  7. Adira – 74% 
  8. Shahir – 70% 
  9. Sufi – 64% 
  10. Amir – 58% 
  11. Ewal – 52%
  12. Azhar – 50% 

Malah menurut Datuk Ramli MS beliau melihat nama-nama ini mampu pergi jauh dalam masa 10 tahun kehadapan dan menganggap pentas AF Megastar sebagai ‘nyawa kedua’ mereka.

Siapakah yang bakal bersinar dalam AF Megastar ini dan adakah penyingkiran akan berlaku pada konsert minggu pertama, sama-sama kta nantikan!

Sumber Astro Gempak 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry