Mendirikan rumah tangga buat kali kedua beberapa bulan lalu merupakan sebab untuk Nora Danish kembali mengandung. Sebelum ini Nora sendiri ada memberitahu perasaan rindu untuk menimang cahaya mata membuat dirinya sudah bersedia untuk hamil buat kali kedua, seterusnya memberikan teman kepada anaknya, Rayqal.

Berita terbaru yang dilaporkan oleh BH Online, Nora mengesahkan kini dirinya hamil tiga bulan.

IKLAN

Dalam laporan tersebut memaklumkan bahawa Nora dan suami, Nedim Nazri meluahkan rasa syukur dengan kurniaan itu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

“Saya gembira dengan berita ini, …suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

“Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

Sebelum ini murai.my ada berkongsi cerita mengenai desas-desus mengatakan┬áNora sememangnya tengah mengandung kerana faktor perubahan saiz┬áNora┬ádan rataÔÇôrata komen dari peminat turut memperkatakan hal tersebut serta mengucapkan tahniah.

Hangat ucapkan tahniah dan sebagai peminat, sama-sama kita doakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Sumber BH Online

IKLAN